Pages

Subscribe:
Showing posts with label NOTA TAMADUN DUNIA:TEMA 2. Show all posts
Showing posts with label NOTA TAMADUN DUNIA:TEMA 2. Show all posts

Monday, 20 February 2012

PEMERINTAHAN BERAJA

Bincangkan peranan Shih Huang Ti dalam membina dan mengukuhkan Dinasti Chin.

Pendahuluan (3m)
·         Pengenalan Tamadun China: Terletak di Lembah Huang Ho-meluas hingga ke bahagian selatan China. perluasan kawasan bermula zaman Disnasti Chin.
·         Latar belakang Dinasti Chin: Kerajaan Chin ini pada asalnya merupakan sebuah wilayah Dinasti Chou yang terletak di kawasan tengah Shensi dan kawasan Timur Kansu. Ia dipercayai diasaskan sebelum tahun 770 SM. Pada permulaannya, kawasan ini merupakan sebuah kawasan pedalaman yang agak mundur tetapi selepas pembaharuan yang dilakukan oleh Shangyang, Kerajaan Chin ini mula berkembang dan menawan ibu kota Kerajaan Chou pada 256 SM. Pada tahun 230 SM - 221 SM, raja Chin menyerang dan menawan kerajaan-kerajaan kecil yang lain dan membentuk Empayar Chin. Empayar Chin ini akhirnya mengalami keruntuhan pada tahun 206 SM disebabkan pemerintah Maharaja Chin yang zalim.
·         Latar belakang Shih Huang Ti
                     i.        Shih Huang Ti dilahirkan pada tahun 259 SM iaitu pada penghujung tahun dinasti Chou (yang didirikan sekitar 1100 SM) dan meninggal dunia pada tahun 210 SM. .
                   ii.        Maharaja Shih Huang Ti adalah pengasas Dinasti Chin pada tahun 221 S.M . Namanya sendiri bermaksud First Emperor. Gelaran ini menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja yang dianggap sebagai The Great King dan The King of Kings. Maharaja mempunyai kuasa tertinggi, sumber undang-undang, ketua kerajaan, ketua hakim, dan ketua agama.
                  iii.        Beliau telah mengasaskan empayar yang luas dan berjaya menyatukan seluruh empayar China ke bawah satu pemerintahan pusat. Kekuasaan jajahannya menjangkau sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.

Isi-isi Penting

Peranan Shih Huang Ti

Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Wilayah
·         Pada awalnya, Kerajaan Chin ini bertempat di kawasan yang agak terpencil di kawasan tengah Shensi dan kawasan Timur Kansu. Pada masa ini, Kerajaan Chin merupakan kerajaan yang mundur sekali di antara kerajaan-kerajaan lain di China. Pada tahun 361 SM, raja Chin membuat keputusan untuk memperkuatkan negara dan memperluaskan wilayahnya.
·         Pada tahun 246 SM, Ying Zheng (kemudian memakai gelaran Shih Huang Ti) menaiki takhta. Pada masa itu, Chin telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan merupakan kerajaan yang paling kuat ekoran kejayaan dasar memperkuatkan negara oleh pemerintah sebelumnya
·         Mulai tahun 230 SM, Kerajaan Chin telah menawan Kerajaan Han, Kerajaan Ch'i (226SM), Kerajaan Wei (225SM), Kerajaan Chu (223SM), dan seterusnya menawan Kerajaan Yen dan Kerajaan Chao pada tahun 222 SM. Pada masa ini, Empayar Chin berjaya dibentuk. Negeri China yang telah berpecah belah selama 800 tahun telah disatukan dan baginda memakai gelaran Shih Huang Ti.


Mengukuhkan kedudukan Ekonomi
·         Shih Huang Ti lebih mementingkan aktiviti pertanian daripada aktiviti perdagangan. Antara tahun 219 SM - 211 SM, Shih Huang Ti telah memindahkan lebih daripada 100 ribu orang penduduk ke kawasan Utara China untuk mengusahakan tanah terbiar.
·         Shih Huang Ti juga mengambil langkah untuk menghapuskan sistem kewangan yang digunakan oleh kerajaan lama dan digantikan dengan sistem yang berasaskan amalan orang Chin. Selain itu, sistem ukuran yang diubahsuai dan disatukan di seluruh Empayar. Kesemuanya ini telah membantu perkembangan ekonomi.
·         Jalan raya dibina di sekitar empayarnya bagi memudahkan pemerintahan dan kewujudannya merangsangkan lagi perkembangan ekonomi dalam negara.

Membentuk Angkatan Tentera yang Kuat
·         Empayar Chin mempunyai angkatan tentera yang kuat. Hal ini dapat dibuktikan apabila Chin hanya menggunakan masa yang singkat untuk menyatukan negeri China yang berpecah belah sejak 230 SM, iaitu lebih kurang 8 tahun. Selain itu, serangan orang nomad dan pemberontakan dapat dipatahkan. Empayar Chin juga dapat  mengekalkan keamanan dalam empayarnya dan ini adalah hasil daripada memiliki angkatan tentera yang kuat.

Memperkukuh sistem pertahanan daripada serangan luar
·         Mempertahankan negara daripada serangan orang gasar khususnya orang Hsiung Nu dengan membina Tembok Besar Negeri China. Menyambung pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dilengkapi dengan menara kawalan untuk memerhati gerakan musuh.

Melaksanakan Undang-undang yang ketat dan teratur
·         Pemerintahan yang diamalkan oleh Empayar Chin adalah bercorak autokratik, iaitu rakyat mesti diperintah dengan tegas dan mutlak. Undang-undang yang ketat telah diperkenalkan oleh Han Fei Tsu, seorang pendukung falsafah legalisme. Beliau berpendapat bahawa pemerintah yang berteraskan undang-undang lebih baik daripada pemerintahan melalui teladan. Oleh itu, buku-buku ajaran Confucius telah dibakar kerana bertentangan dengan dasar yang diamalkannya.Sarjana-sarjana yang ingkar dihukum bunuh.Untuk mengelakkan pemberontakan, rakyat yang memiliki lembing, tombak, anak panah, dan kereta kuda dipaksa menyerahkan senjata-senjata tersebut kepada kerajaan.
·         Penduduk di China diatur dalam kumpulan-kumpulan keluarga yang mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyediakan guna tenaga dalam kerja-kerja pembinaan dan ketenteraan.Sistem ini dikuatkuasakan melalui kanun keseksaan yang kejam.Kaedah pemerintahan seperti ini dikuatkuasakan oleh Shih Huang Ti di seluruh negara China untuk menyatukan Negara China dan mengukuhkan pemerintahannya.

 Melaksanakan Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran yang Kemas/Sistematik
·         Menjalankan sistem pemerintahan berpusat: Menubuhkan ibu kota di Hsein Yang sebagai pusat pemerintahan.Semua kuasa kerajaan adalah di bawah kuasa maharaja yang memerintah terus dari ibu kota.Menjalankan pemerintahan bersifat autokratik. Shih Huang Ti menjalankan pemerintahan berpusat iaitu meletakkan semua kusa negeri di bawah kerajaan pusat.
·         Membuat perubahan dalam pentadbiran wilayah/provinsi: Membahagikan empayar kepada 36 wilayah (kemudiannya 42 wilayah) yang dikenali sebagai "Jiunn". Semua  wilayah dandaerah ini ditadbir secara langsung oleh kerajaan pusat dan kerajaan pusat sahaja yang berkuasa melantik atau melucutkan pegawai yang memerintah kawasan ini. Di dalam kerajaan pusat pula, baginda melantik 3 orang pegawai tertinggi dan selepasnya ialah 9 orang pegawai utama.
·         Mewujudkan tiga pentadbiran utama: Maharaja bertanggungjawab kepada tiga pentadbiran utama iaitu Canselor, Setiausaha Imperial dan Grand Commandant.Bertanggungjawab menasihati raja dan menguruskan istana.Masing-masing mempunyai tugas khas. Tanggungjawab ketiga-tiga jawatan tersebut diagihkan sesama mereka hinggakan tiada seorang pun berada dalam kedudukan yang mampu menggulingkan kuasa maharaja. Dengan demikian dapat mengukuhkan kuasa maharaja.

Menghapuskan sistem feudal.
·         Menghapuskan sistem feudal dengan menyekat kuasa dan pengaruh golongan aristokrat/bangsawan serta pegawai-pegawai feudal di peringkat wilayah dan daerah.Merampas tanah golongan aristokrat/bangsawan dan mengarahkan mereka tinggal di sekitar kawasan istananya.Lebih 120 000 orang aristokrat telah diarahkan ke ibu negeri iaitu Hsien Yang, pusat kerajaan Dinasti Chin. Shih Huang Ti melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir wilayah yang terdiri daripada ahli keluarganya atau pegawai tentera yang banyak berjasa kepadanya.Pemerintahan wilayah dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja.Ia bertujuan untuk mengelakkan wilayah membentuk kerajaan dan mencabar kerajaan pusat sebagaimana dalam sistem feudal.

Memperkenalkan ‘scholar system’
·         Melatih sekumpulan kakitangan awam yang mempunyai pendidikan untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang berkhidmat dengannya.Dilatih selama 15 tahun untuk menjadi kakitangan awam yang akan berkhidmat kepada maharaja.Melalui sistem ini tiada lagi golongan bangsawan dilantik secara warisan melalui sistem feudal tetapi mesti berdasarkan kelulusan dalam peperiksaan awam yang dijalankan dengan ketat. Ini dapat mengukuhkan kuasa maharaja.

Melantik pemerhati/perisik wilayah
·         Untuk mengawal pentadbiran wilayah, seorang pemerhati dilantik bagi mengawasi tindak-tanduk gabenor-gabenor di wilayah.Pegawaipegawai pemerhati ini akan melaporkan kepada maharaja di kerajaan pusat dan dengan cara ini maharaja boleh mengawal semua wilayah dalam empayarnya.

 Wujudnya Hubungan antara Jajahan:
·         Bagi menyenangkan pemerintahan berpusat, Shih Huang Ti mengarahkan pembinaan jalan raja dalam empayar dan ini telah mewujudkan hubungan antara jajahan takluk dengan jajahan takluk dan antara jajahan takluk dengan kerajaan pusat. Jalan raya ini dibina bermula dari Sien Yang berhala ke Timur sehingga ke kawasan Hopeh, Liao Ning dan Shantung; ke Selatan pula sehingga ke Chekiang dan Kiangsi. Hubungan yang wujud adalah bersifat ketenteraan, perdagangan dan kebudayaan.

Penyatuan bahasa dan budaya
·         Setelah berjaya menguasai keseluruhan wilayah China Shih Huang Tin akhirnya telah memberi satu negara, satu bahasa dan satu bangsa kepada wilayah-wilayah yang ditakluknya. China di panggil China kerana bangsa baginda merupakan bangsa Chin.
·         Baginda mewajibkan bahasa rasmi China adalah mandarin. Mereka boleh bertutur dalam dialek masing-masing tetapi mandarin menyatukan mereka dan memberi mereka bangsa China yang asalnya dari berbagai-bagai wilayah.

Kesimpulan
·         Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan pemerintahannya.
·         Sikap beliau yang autokratik dan zalim menyebabkan rakyat cuba memberontak tetapi gagal.
·          Sistem beraja Dinasti Chin mengalami keruntuhan selepas kematian Shih Huang Ti pada tahun 210 S.M kerana penggantinya lemah dan tidak dapat mengawal seluruh empayar yang luas




Huraikan tentang sistem pentadbiran beraja yang diamalkan oleh kerajaan Mesir purba.

Pengenalan
·         Salah satu ciri kewujudan tamadun adalah adanya sistem pentadbiran yang sistematik. Tamadun Mesir salah satu tamadun yang mempunyai sistem pentadbiran yang teratur.
·         Ia mengamalkan pemerintahan beraja. Bermula apabila firaun Menes menyatukan Mesir utara dan Mesir selatan dan menubuhkan kerajaan yang kuat pada 3200 SM.
·         Sistem pentadbiran beraja yang diamalkan berbentuk warisan. Firaun dibantu oleh pegawai kerajaan yang terdiri daripada anggota kerabat diraja dan golongan bangsawan. Terdapat sistem pentadbiran pusat dan wilayah yang bercorak birokratik di Mesir.

Isi-isi penting
·         Sistem pentadbiran Mesir diterajui oleh Firaun. Firaun dibantu oleh pegawai kerajaan diperingkat pusat dan wilayah. Firaun merupakan ketua negara dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.
·         Firaun sumber kewibawaan dan kekuasaan. Selain itu firaun juga sebagai ketua pendeta, ketua hakim, ketua pentadbir dan ketua panglima tentera.
·         Sebagai ketua pentadbir, firaun bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan dalam negara.
·         Firaun juga bertanggungjawab memelihara Maat, iaitu peraturan, kebenaran atau keadilan.
·         Dalam agama firaun berperanan sebagai ketua pendeta.
·         Sebagai ketua hakim, firaun bertanggungjawab mengisytiharkan undang-undang, memelihara kebajikan dan keharmonian, mengadili kes rayuan dan ada kuasa menjatuhkan hukuman mati.
·         Dalam ketenteraan, firaun sebagai ketua panglima tentera dan memimpin pasukan tentera dalam medan peperangan.
·         Firaun dibantu oleh pegawai kerajaan yang diberi mandat untuk menjalankan tugas sekular dan keagamaan.
·         Antara pegawai kerajaan yang penting diperingkat pusat ialah wazir, canselor, ketua jabatan dan pegawai di istana. Wazir merupakan pegawai yang mempunayai kedudukan teringgi dan berpengaruh di Mesir. Wazir dilantik di kalangan anggota kerabat diraja, golongan bangsawan dan pendeta. Jawatan ini diwarisi oleh keluarga berdasarkan pengaruh keluarga tersebut.
·         Wazir bertanggungjawab memeriksa laporan perangkaan mengenai binatang ternakan, mencatatkan pembekalan barang-barang makanan, memeriksa tangki air dan mengawasi kerja-kerja menebang pokok dan membina terusan. Wazir juga akan memeriksa laporan yang dihantar oleh nomarch dari wilayah, menyimpan dokumen penting kerajaan, menyelia ekspedisi diraja, bengkel, stor dan ladang serta projek pembinaan. Wazir juga akan melantik kakitangan yang berkhidmat di istana diraja, memeriksa akaun dan mengeluarkan resit, merekrut pengawal keselamatan diraja, melaporkan hal ehwal dalam negara kepada firaun dan menjalankan tugas sebagai ketua hakim.
·          Canselor memainkan peranan dalam menguruskan hal ehwal ekonomi rumah berhala. Antara tugas penting canselor ialah menetapkan jumlah cukai yang perlu dibayar, menyimpan hasil cukai dalam perbendaharaan atau gudang diraja, menentukan gaji pekerja di ladang atau gudang diraja, menentukan gaji pekerja ladang dan membayar gaji anggota tentera.
·         Firaun juga dibantu oleh sekumpulan pegawai istana yang menguruskan hal-ehwal yang berkaitan dengan firaun dan kerabat diraja. Antaranya ialah pengurus firaun, camberlain, penyelia istana dan kerani.
·         Pengurus firaun memainkan peranan dalam menguruskan pentadbiran istana, mentadbir estet diraja, merancang ekspedisi diraja dan mendidik putera-puteri raja.
·         Tugas camberlain mengawasi dan menguruskan makanan, minuman dan tempat penginapan diraja. Penyelia istana pula menjalankan tugas menjaga penghuni wanita dalam istana. Kerani diraja pula menjalankan tugas mengawasi kerja-kerja pembinaan dan memulihkan bangunan lama.
·         Jabatan kerajaan juga ditubuhkan untuk melicinkan pentadbiran diperingkat pusat. Ada 6 jabatan kerajaan ditubuhkan yang dikenali sebagai ‘Six Gread House’. Antara jabatan yang penting ialah jabatan perbendaharaan. Jabatan ini bertanggungjawab mengedarkan bijirin ke stor-stor di peringkat daerah untuk diagihkan kepada kakitangan awam.
·         Selain pentadbiran peringkat pusat, terdapat juga sistem pentadbiran peringkat wilayah yang teratur. Pentadbiran wilayan diketuai oleh nomarch. Nomarch merupakan pemimpin material dan spiritual sesebuah wilayah. Nomarch juga memainkan peranan sebagai seorang pentadbir, hakim dan ketua pendeta. Nomarch dilantik oleh firaun dan terletak di bawah penguasaan firaun.
·          Pentadbiran bagi jajahan takluk diterajui oleh wizurai yang dilantik oleh firaun. Wizurai mengetahui organisasi pentadbiran dan politik diperingkat wilayah.
·         Nomarch dibantu oleh datuk bandar, pegawai penguatkuasa undang-undang, pegawai tentera dan polis. Pada zaman pemerintahan baru, datuk bandar merupakan pegawai tinggi di peringkat wilayah. Tugas datuk bandar ialah membuat taksiran cukai, mengumpul dan menyimpan hasil cukai, menghantar laporan kepada wazir, mengadili kes-kes kecil dan mewujudkan keamanan di bandar. Dalam menguatkuasakan undangundang, datuk bandar dibantu oleh Medjay. Medjay dilantik dikalangan suku nomad dari wilayah Nubia. Selain itu pasukan tentera dan polis juga ditubuhkan untuk menjaga keamanan dan ketenteraman dalam negara. Pasukan tentera dan polis diketuai oleh seorang kapten. Antara tugas tentera dan polis ialah meronda dan mengawal kubur-kubur diraja dan sempadan diraja.

 Kesimpulan
·         Jelas menunjukkan tamadun Mesir mempunyai sistem pentadbiran peringkat pusat dan wilayah yang teratur.
·         Perkembangan ini dapatlah firaun memantapkan penguasaan wilayah yang luas.
·          Keadaan ini merintis jalan ke arah kemajuan bidang ekonomi, budaya dan sosial.
·         Seterusnya memantapkan tamadun Mesir dan memperkayakan warisan tamadun Mesir.

NEGARA BANGSA

Jelaskan konsep negara bangsa. Bincangkan apakah faktor-faktor yang menyebabkan pembentukan negara bangsa seperti Sepanyol, England dan Perancis ?

 Pendahuluan
·         Tamadun awal kecenderungan bermula di tepi sungai. Contoh tamadun awal seperti tamadun Mesir, Hwang Ho, Indus, Mesopotamia.
·          Dari petempatan awal berkembang menjadi sebuah bandar kemudiannya menjadi negaran kota, empayar dan seterusnya sebuah empayar.

Isi-isi penting

Konsep negara bangsa
·         Negara bangsa – berakhirnya kuasa golongan bangsawan, autonomi tempatan dan keistimewaan bersifat dan pengaruh gereja katolik Rom.
·         Negara bangsa merujuk kepada sebuah negara yang bebas daripada konsep dunia empayar dan mempunyai pemerintahan tersendiri.
·         Mempunyai bahasa kebangsaan, tentera kebangsaan, sempadan wilayah dan hak untuk mengubal undang-undang sendiri.
·         Sejarah kemunculannya bermula pada abad ke 15 M selepas zaman Renaissance di Eropah.

Faktor-faktor pembentukan negara bangsa

Perkembangan zaman Renaisance
·         Zaman ini mengubah sikap dan pemikiran orang eropah tentang perasaan kebangsaan dan kesetiaan kepada negara. Sebelum ini memberi kesetiaan kepada golongan bangsawan yang menguasai wilayah tertentu. Zaman Renaissance berjaya menyatukan semua bangsa Eropah dalam sebuah negara yang dulunya mengamalkan undang-undang, adat, bahasa yang berbeza. Contohnya di Perancis, suku kaum Norman, Briton Burgundia dan Gaul berjaya disatukan.

Kemerosotan kuasa golongan Feudalisme
·         Golongan feudalisme (golongan bangsawan, penguasa autonomi tempatan, lord, golongan adapt dan gereja) berpengaruh dalam politik zaman pertengahan. Pengaruh mereka merosot kerana timbul kesedaran politik, idea kedaulatan bangsa dan penyetuan negara bangsa serta keinginan supaya wujud kuasa autonomi tunggal dalam sesebuah negara. Kuasa feudal tidak lagi diterima oleh masyarakat. Contoh di Englang semasa Raja Henry VII berjaya mengubal undang-undang baru yang melarang golongan feudal memakai pakaian khas, melarang tubuhkan tentera sendiri.

Kesan dari Perang Salib
·         Permusuhan diantara orang Islam dan Kristian berakhir kepada peperangan salib selama 200 tahun disebabkan Bani Umayyah menguasai Palestine. Semasa peperangan itu pemerintah Eropah mendapatkan bantuan golongan Vassal yang mempunyai tentera daripada golongan serf. Apabila tentera serf membantu raja Eropah, kekuatan tentera golongan Vassal semakin kurang. Lebih-lebih lagi serf yang pulang dari medan perang tidak kembali semula kepada vassal. Peluang ini digunakan oleh raja untuk melancarkan perang bagi memerangi vassal dan membentuk negara bangsa. Perang Salib juga memberi peluang kepada bangsa Eropah untuk ke timur tengah dan melihat sendiri keunggulan tamadun Islam yang gemilang menyebabkan mereka menyedari keunggulannya. Eropah bertekad untuk wujudkan kembali kegemilangan tamadun Yunani dan Rom. Pertembungan budaya Arab dan Eropah membawa perubahan intelektual bagi mencetuskan negara bangsa yang beridentitikan bangsa Eropah.

Kemunculan kerajaan Monarki Kebangsaan
·         Ia muncul pada abad ke 16 kerana sokongan rakyat dan golongan pertengahan melahirkan raja berkuasa mutlak dan pembentukan negara bangsa. Pengekalan kuasa melalui pemerintahan pusat, sistem dinasti, perkahwinan, peperangan, komplot dan penaklukan. Wujud di Eropah zaman monarki mutlak dan berkuasa melalui dinasti agung seperti Roman, Honanzollern, Bourbon dan Habsburg. Pembentukan negara bangsa Perancis oleh Louis  (1461-1483) dari dinasti Volois yang menakluki pemusatan kuasa di Paris. Raja Henry VII England melalui dinasti Tudor pemusatan kuasa di London.

Kesimpulan (
·         Kewujudan negara bangsa menunjukkan manusia semakin mempunyai semangat jati diri yang tinggi.

PEMERINTAHAN REPUBLIK

Jelaskan sistem pemerintahan Republik dalam tamadun Rom

Pengenalan
·         Republik bermaksud negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya negara yang mengamalkan sistem republik diketuai oleh presiden.
·         Sebelum kelahiran sistem republik, Rom mengamalkan pemerintahan beraja. Pemerintahan beraja di Rom bermula sejak 753SM dan diperintah secara mutlak oleh raja-raja Etruscan.

Isi-isi penting

Konsul
·         Konsul merupakan pemerintah tertinggi. Terdapat dua orang konsul di pilih daripada penduduk yang berumur melebihi 40 tahun.
·         Konsul dilantik oleh Dewan Senat dan mentadbir selama satu tahun.
·          Ia mempunyai kuasa dalam pentadbiran, keadilan, ketenteraan, keagamaan dan kewangan. Ia juga berperanan sebagai ketua hakim, ketua angkatan tentera dan ketua eksekutif.

Dewan Senat
·         Senat diwakili oleh 300 orang ahli yang dipilih daripada golongan bangsawan.
·         Ahli dewan senat dipilih oleh konsul. Dewan senat bertindak menasihati konsul dalam urusan pentadbiran negara.
·         Antara tugas ahli senat ialah membincangkan hal pentadbiran, mengubal undangundang untuk dibincang dalam dewan perhimpunan, mengadakan rundiangan dengan duta-duta asing, menetapkan provinsi yang akan diurus oleh konsul, menguruskan hal ehwal kewangan, menyelesaikan krisis keagamaan.

Dewan Perhimpunan
·         Diwakili oleh semua rakyat Rom.
·          Ia dikenali sebagai forum. Ia merupakan tempat rakyat berkumpul untuk mendapat laporan tentang perbincangan dewan senat.
·         Dewan ini membantu dewan senat melaksanakan pemerintahan. Ia juga bertindak meluluskan dan mengesahkan undang-undang yang telah diputuskan oleh dewan senat.

 Kesimpulan
·         Pemerintahan republik merupakan warisan kerajaan Rom kepada tamadun dunia. Dalam pemerintahan republik terdapat keseimbangan kuasa antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman.
·         Pemerintahan republik merintis ke arah pemerintahan diktaktor pada zaman Julius Caesar. Julius menamatkan pemerintahan republik dan mengisytiharkan diri sebagai diktaktor setelah mengalahkan Jeneral Pompei.





EMPAYAR

1.Dengan merujuk kepada empayar awal di India, China dan Rom, berikan  langkah-langkah yang diambil oleh para pemerintah untuk mengukuhkan empayar.

Pengenalan
·         Empayar merujuk kepada entiti politik yang menyatukan zon budaya yang luas. Kemunculan empayar kerana dasar imperialisme yang menyebabkan berlakunya penaklukan dan perluasan kuasa ke negara lain.
·          Proses perluasan kuasa menyebabkan muncul empayar seperti empayar Maurya dan Gupta di India, empayar Chin dan Han di China dan empayar Rom di Eropah.

Isi-isi penting

Kekuatan tentera
·         kekuatan tentera perlu untuk mematahkan pemberontakan atau kekacauan dalam negara, mengatasi serangan musuh dari luar dan meluaskan kuasa dengan menyerang dan menakluk negara lain.
·         Kekuatan tentera menjamin keselamatan negara. Contoh Chandragupta Maurya, mengukuhkan sebahagian besar empayarnya di India Utara dari Teluk Benggala di timur hingga ke Laut Arab. Ianya dilakukan dengan kekuatan tentera iaitu 900 gajah, 300,000 kavalri dan 600,000 infantri.
·         Maharaja Han Wu Ti menggunakan kekuatan tentera 50,000 hingga 100,000 askar untuk menghadapi ancaman puak Hsiung Nu (orang Gasar) yang menyerang sempadan utara dan barat laut China.

Mengukuhkan legitimasi pemerintah melalui adat istiadat
·         Upacara adat istiadat dilakukan untuk meningkatkan taraf raja kepada rakyat. Supaya rakyat menumpahkan taat setia kepada pemerintah. Raja juga dianggap tuhan atau wakil tuhan di muka bumi.
·         Masyarakat Mesir purba, firaun dianggap jelmaan tuhan Horus (tuhan langit).
·          Dalam masyarakat China purba, maharaja dianggap anak syurga dan baginda dipercayai menerima mandat dari syurga untuk memerintah.

Perkahwinan
·         Pemerintah mengukuhkan empayar melalui perkahwinan. Contohnya Chandragupta II mengahwini puteri keluarga diraja Naga yang bernama Kuveranaga. Beliau mengahwinkan puterinya Prabavatigupta dengan Raja Vakata, iaitu Rudrasena II.

Hubungan diplomatik
·         Ia bertujuan untuk mengukuhkan dan mempertahankan sempadan daripada pencerobohan kuasa asing. Contohnya semasa Bindusara, empayar Maurya menjalinkan hubungan diplomatik dengan pemerintahan Hellenistik dan Syria.
·         Maharaja Asoka menjalinkan hubungan persahabatan dengan raja Ptolemy II, raja Megas (Mesir purba), raja Cyrene (Afrika Utara) dan Antigomus Gonatas (Raja Mecedonia).

Sistem Pendidikan
·         Pemerintah perkenalkan sistem pendidikan formal atau tidak formal yang berperanan untuk menanamkan taat setia kepada maharaja dan empayar.
·         Dalam tamadun China, institusi pendidikan formal didirikan di zaman Han, Sung, Tang dan Ming untuk melahirkan ahli akademik yang taat kepada pemerintah. Sistem peperiksaan juga dapat mewujudkan pegawai kerajaan yang baik.

Mewujudkan perpaduan melalui asimilasi penduduk
·         Perpaduan atau asimilasi diwujudkan melalui perkahwinan campur, penerapan adat dan cara hidup baru dan pembentukan bandar.
·         Maharaja Agustus perkenalkan undang-undang yang memberikan hak kewarganegaraan kepada orang asing. Ia telah melahirkan asimilasi di kalangan penduduk melalui proses Romanisasi.

Memperkenalkan undang-undang
·         Perundangan diperkenalkan untuk mengawal rakyat dan mewujudkan keamanan. Dalam tamadun China, undang-undang yang berteraskan prinsip hukuman berat berasaskan falsafah legalisme diperkenalkan di zaman dinasti Chin.
·         Dalam tamadun Rom, Hukum Kanun 12 dan Kod undang-undang Rom (undang-undang Justinian) diperkenalkan bagi menjamin keamanan dan kestabilan dalam empayar.

Kemudahan infrastruktur
·         Kemudahan seperti pengangkutan, jalan raya dan jambatan bagi mengawal penduduk dan mengatasi pemberontakan.
·         Dalam tamadun Rom, terdapat rangkaian jalan raya yang menghubungkan wilayah-wilayah di seluruh empayar.

Sistem Birokrasi
·         Sistem birokrasi dapat mengukuhkan empayar. Birokrasi membantu kerajaan pusat mengawal wilayah dan tanah jajahan yang luas. Kerajaan pusat melantik pegawai di wilayah untuk mengawasi pentadbiran di peringkat wilayah..
·         Sistem birokrasi jelas semasa dinasti Han di China. Terdapat 108 provinsi yang dibahagikan kepada 1587 wilayah.

Pemusatan kuasa di peringkat pusat
·         Kerajaan pusat yang mantap dapat mewujudkan keamanan dan kestabilan empayar.
·         Zaman empayar Dinasti Maurya, wujud pemerintahan pusat yang kukuh. Maharaja dibantu oleh menteri yang berperanan memberi nasihat kepada raja berhubung hal ehwal dalam negara. Seperti jabatan perlombongan, jabatan akaun, jabatan perbendaharaan dan jabatan pertanian.

Kemajuan ekonomi
·         Pemerintah mengalakkan kemajuan dalam ekonomi seperti perindustrian, perlombongan, perladangan dan perdagangan antarabangsa untuk mengukuhkan sesebuah empayar.
·         Pada zaman Agustus, berlaku kemajuan dan pembangunan dalam perdagangan domestik dan antarabangsa. Beliau mengalakkan perdagangan melalui dasar laissez faire (perdagangan bebas).
Kesimpulan
·         Pelbagai langkah dilakukan untuk mempertahankan empayar.
·         Proses pengukuhan sesebuah empayar menyebabkan berlakunya kemajuan dalam politik, ekonomi dan sosial.



2.Jelaskan faktor-faktor yang mendorong kebangkitan Srivijaya sebagai sebuah empayar yang unggul di Alam Melayu dari awal abad ke 7 hingga abad ke 13 Masehi.

Pengenalan
·         Srivijaya merupakan empayar Melayu yang berjaya mengekalkan keunggulannya. Berdasarkan inskripsi Kedukan Bukit, Srivijaya diasaskan oleh Dapunta Hiyam pad abad ke 7 M di Palembang, Sumatera.
·         Semasa pemerintahan Dapunta, Srivijaya berjaya menakluki kerajaan Melayu- Jambi, Kedah Tua, Jaiya dan negeri-negeri di Segenting Kra.
·         Bermaksud Srivijaya berjaya menguasai jalan perdagangan antarabangsa di Selat Melaka pada abad ke 8 m.

Isi-isi penting

Perluasan kuasa dan kekuatan tentera
·         Srivijaya mempunyai pasukan tentera yang besar dan kuat. Pada tahun 683 M , seramai 20,000 askar di kalangan orang laut.
·         Melalui kekuatan tentera Srivijaya menguasai Bangka, Tulang Bawang,Minangkabau dan Tarumanagara di Jawa Barat.
·         Srivijaya juga menakluki Kedah dan meluaskan pengaruh hingga Lingor di pantai timut. Srivijaya menguasai 14 buah pelabuhan utama di Asia Tenggara dan muncul sebagai Thallasocracy yang penting.

Penguasaan Orang Laut
·         Menurut catatan Telaga Batu, pemerintah Srivijaya mengawal suku-suku orang laut dan melantik mereka sebagai anggota tentera laut.
·          Pada 683 M, raja Srivijaya ada pasukan tentera 20,000 askar orang laut. Ketuaketua orang laut juga dilantik sebagai ketua hulubalang dan syahbandar di pelabuhan dengan upah yang lumayan.
·         Penguasaan orang laut menyebabkan masalah lanun dapat diatasi dan ramai pedagang yang datang ke Srivijaya.

Kekayaan barang dagangan
·         Barang yang diperoleh daripada kawasan pedalaman ialah damar, rempah, wangiwangian, emas, gading, kemenyan, perak, kapur barus, lada, agar-agar laut, kayu gaharu dan cendana.
·         Bahan mentah seperti kulit kura-kura dan kulit kerang mempunyai permintaan tinggi di Asia Barat dan China.
·         Terdapat juga barang China dan Asia Barat di Srivijaya.
·         Srivijaya memainkan peranan sebagai tempat persinggahan kapal dagangan, pusat pengumpulan, penyebaran dan pusat pengagehan barang dagangan. Kemampuan menguasai perairan Selat Melaka dan Laut Sunda
·         Srivijaya menguasai Selat Sunda selepas menewaskan Jawa pada 992 M.
·         Penguasaan jalan laut menyebabkan Srivijaya menjadi pelabuhan persinggahan bagi kapal dari Asia Barat, India, China dan Nusantara.
·         Srivijaya juga menpunyai kedudukan yang strategik iaitu di tengah jalan perdagangan timur dan barat. Perkembangan perdagangan menyebabkan perkembangan Srivijaya.

Hubungan luar
·         Hubungan diplomatik dengan China pada 992 hingga 1028M. Melalui penghantaran duta ke China. Srivijaya mendapat perlindungan daripada China.
·         Hubungan baik ini juga menarik minat pedagang China datang ke Srivijaya.
·         Srivijaya memberikan jaminan kepada pedagang China daripada ancaman lanun.
·         Perkembangan perdagangan menjadikan Srivijaya menjadi sebab empayar yang kuat dan berpengaruh.

Sistem pentadbiran yang cekap
·         Dalam Telaga Batu, mempunyai maklumat lengkap mengenai struktur pentadbiran Srivijaya.
·         Pentadbiran terdiri daripada 3 peringkat, iaitu pentadbiran daerah, diraja dan tentera.
·          Pentadbiran daerah diketuai oleh Datu. Datu terdiri daripada anak raja dan pembesar bukan keturunan raja. Terdapat 4 kelas anak raja iaitu Yuvaraja, Pratiyuvaraja, Rajakumara dan Rajaputra.
·         Pentadbiran diraja merupakan pentadbiran di peringkat pusat. Terdapat sekumpulan pegawai pentadbir yang membantu pemerintah menjalankan tugas. Pegawai tersebut ialah Dandanayaka (hakim diraja), Nayaka (penghulu bendahari), Pratyaya (temenggung), Murdahaka (penghulu) dan Kumaramatya (orang kayakaya).
·         Pentadbiran tentera. Datu-datu dibantu oleh Parvanda yang merupakan ketua tentera yang bertindak menghapuskan penderhaka. Ada juga pemimpin tentera diperingkat daerah dan wilayah yang dikenali sebagai Senapati. Pemimpin tentera yang menduduki tangga ketiga dari segi hierarki ialah Pratisara iaitu komander tentera.
·         Kewujudan sistem pentadbiran yang cekap dan teratur melahirkn keamanan empayar Srivijaya.

Peranan dalam agama
·         Srivijaya sebagai pusat agama Buddha.
·         Raja-raja menggunakan kekayaan untuk membiayaai pengajian agama, membina kuil dan mendirikan yayasan agama.
·         Ini menjadikan Srivijaya menjadi tumpuan daripada seluruh Nusantara untuk mendalami ilmu agama Buddha.
·         Menurut I-Ching terdapat sekumpulan 1000 rahib Buddha menuntut ilmu di Srivijaya termasuk Atisa yang menjadi tokoh agama Buddha terkenal di Tibet.
·          Keunggulan Srivijaya sebagai pusat pengajian agama Buddha menarik sarjana terkemuka seperti Dharmakirti untuk mengajar di Srivijaya.

Kesimpulan
·         Kejayaan Srivijaya sebagai empayar disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial. Kejayaan Srivijaya bergantung kepada keupayaan menguasai jalan perdagangan hingga muncul sebagi pelabuhan entreport yang unggul pada abad ke 7 hingga 13 M. Kerajaan Srivijaya mula merosot pada 2 M apabila negeri-negeri jajahan takluk membebaskan diri daripada kerajaan pusat.



3.Empayar Babylon telah mencapai zaman kegemilangan pada zaman Hammurabi.Jelaskan sumbangan Hammurabi dalam pembentukan dan pengukuhan empayar Babylon.

Pengenalan
·         Empayar Babylon diasaskan oleh Sumu Abum, seorang ketua kaum Amorite pada 1894 SM. Empayar ini mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Hammurabi (1792-1750sm).
·         Hammurabi berjaya mewujudkan keamanan, memperkenalkan kod undang-undang dan mengasaskan pemerintahan yang teratur. Semasa pemerintahannya Babylon menjadi sebuah empayar yang besar dan terkenal.

Isi-isi penting

Dasar perluasan kuasa
·         Hammurabi menubuhkan empayar yang besar melalui dasar perluasan kuasa yang agresif. Beliau melancarkan ekspedisi ketenteraan untuk meluaskan pengaruh dan kekuasaan Babylon.
·         Antara kempen yang dilancarkan ialah menawan Isin dan mara ke selatan hingga ke Uruk pada 1786 SM, kempen menguasai Malgum (ibu kot adaerah Emutbal pada 1785 dan 1782 SM, kempen menawan Rapiqum pada 1781 SM, kempen menyerang    Larsa dan menewaskan pakaan tentera Guti, Elam, Assyria dan Eshnunna serta kempen menewaskan Assyria pada 1756 SM.

Sistem pentadbiran
·         Hammurabi mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang kukuh. Beliau melaksanakan dasar kekerasan dan kesederhanaan dalam menangani masalah dalam dan luar negara.
·         Beliau melantik gabenor (ensi) untuk mentadbir wilayah. Gabenor wilayah dikawal ketat dan segala tindakan mereka akan dilaporkan kepada kerajaan pusat.
·         Beliau menubuhkan Assembly of Elders diperingkat wilayah untuk memungut cukai dan mengadili kes kecil.

Ketenteraan
·         Hammurabi mempunyai struktur organisasi ketenteraan yang sistematik. Rekod pendaftaran askar yang lengkap disimpan dalam buku pendaftaran negara.
·         Raja memberikan pengecualian kepada individu daripada menyertai kerahan tentera atau dasar perikemanusiaan. Anggota tentera yang melepaskan diri dari perkhidmatan tentera tanpa melantik pengganti akan dikenakan tindakan tegas. Mengikut kod Hammurabi, anggota tentera diberikan hak keistimewaan seperti dikurniakan tanah yang tidak boleh dipindah milik dan binatang ternakan.
·         Terdapat juga undang-undang yang menghalang pegawai atasan daripada mengeksploitasi anggota tentera. Taktik peperangan diperbaharui dengan penggunaan kereta kuda.

Perkembangan ekonomi
·         Perkembangan pesat berlaku dalam ekonomi pertanian, perdagangan, perindustrian dan perbankan. Kegiatan pertanian merupakan utama masyarakat Babylon. Peraturan aktiviti pertanian terdapat dalam kod undang-undang Hammurabi.
·          Kegiatan perdagangan berkembang. Pedagang mengimport pelbagai barangan mewah dan bahan mentah untuk kegunaan istana dan rumah berhala. Kegiatan perdagangan, perindustrian dan perbankan dikawal oleh kerajaan.

Perundangan
·         Kod undang-undang Hammurabi mengandungi 282 fasal. Meliputi perkara seperti perdagangan, perkahwinan, kekeluargaan, pertanian, perwarisan harta dan kesalahan jenayah.
·         Undang-undang Hammurabi menetapkan hukuman berat kepada sesiapa yang cuba mengubah mana-mana bahagian dalam kod tersebut. Golongan hamba diberikan hak serta dilindungi oleh undang-undang Hammurabi. Undang-undang itu juga melindungi hak pengguna daripada ditipu oleh peniaga.
·          Undang-undang Hammurabi mewujudkan keamanan dalam empayar Babylon.

Perkembangan intelektual
·         Dalam bidang matematik, sistem angka telah diperkenalkan. Terdapat dua sistem menulis angka iaitu sistem perpuluhan dan sistem perenampuluhan. Dua teks matematik dihasilkan iaitu table text dan problem text.
·         Bidang perubatan juga mengalami perkembangan dan dikawal ketat oleh kerajaan. Doktor diberikan penghormatan yang tinggi. Doktor pakar dilantik untuk berkhidmat di istana. Kod undang-undang Hammurabi mengandungi sembilan fasal tentang pembedahan.

Kesimpulan
·         Empayar Babylon mencapai kemuncak kegemilangan semasa Hammurbi.
·         Empayar Babylon mengalami kemerosotan selepas kemangkatan Hammurabi.
·         Pemberontakan berlaku di wilayah jajahan yang ingin membebaskan diri daripada kerajaan pusat. Serangan orang Kassite telah menyebabkan empayar Babylon
mengalami keruntuhan.