Pages

Subscribe:

Friday 24 February 2012


Thursday 23 February 2012

NOTA STPM YANG AKAN DIKELUARKAN



PENGAJIAN AM

SEJARAH

EKONOMI


Wednesday 22 February 2012

AGAMA DAN KEPERCAYAAN


BINCANGKAN BENTUK AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT ARAB SEBELUM KEDATANGAN ISLAM DI SEMENANJUNG TANAH ARAB

PENGENALAN

Latar belakang zaman Jahiliah
·         Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan Maarib sehingga zaman kedatangan Islam ( 610 M)
·         Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini –tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.
Definisi Jahiliah
·         Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.
Latar belakang Agama dan kepercayaan masyarakat Arab
·         Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.
·         Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.
Penegasan soalan
·         Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (Agama langit) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi (agama ciptaan) yang direka oleh manusia sendiri.

ISI-ISI PENTING

1. Agama Hanif
Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

2. Agama Yahudi
Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun Golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.

3. Agama Nasrani
Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.

4. Agama Wathani
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.

5. Agama Majusi
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta - pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.

6. Agama penyembahan Cekarawala
Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.

7. Kepercayaan Animisme
Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.

8. Kepercayaan Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme)
Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.

9. Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.

10. Kepercayaan tahyul
·         Kepercayaan tangkal azimat
·         Roh orang mati menjadi burung.
·         Percaya kepada ahli nujum.
·         Percaya kepada ahli sihir.
·         Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
·         Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
·         Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
·         Membuat keputusan melalui anak panah.

KESIMPULAN
Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di atas menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu sematamata. Kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w telah mengubah corak kehidupan msyarakat Arab Jahiliah khususnya dari segi agama dan kepercayaan.

KELEBIHAN SURAH AL-FATIHAH

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."
                        Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
                        Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatainmaka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
·         Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
·         Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
·         Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."
·         Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':
"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."
·         Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
·         Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.
·         Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradahAllah s.w.t. ia akan sembuh.
·         Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
·         Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihahsebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.
·         Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
           "Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
·         Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
           "Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
·         Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w."
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
·         Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
·         Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
·         Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
          "Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
·         Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
·         Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
           "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".


DOWNLOAD:

Surah al fatihah dan al baqarah. mp3

Monday 20 February 2012

TARIKH KELUAR PEPERIKSAAN SPM 2011






Assalamualaikum w.b.t..
Untuk makluman para pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2011, Lembaga Pelajaran Malaysia (LPM) telah menetapkan bahawa 21 MAC 2012 adalah tarikh yang sesuai untuk mengumumkan keputusan SPM 2011 dan bukannya tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 22 MAC 2012 . Pelajar boleh mendapatkan keputusan mereka pada pukul 10 pagi
Pelajar juga boleh menyemak keputusan mereka melalui SMS:
Taip SPM SEMAK [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
contoh : SPM SEMAK 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888
(Perhatian: Perkhidmatan SMS hanya akan beroperasi pada pukul 10 a.m.)

Sekian, Harap Maklum.

STPM 2012 TIMETABLE

good luck for all STPM 2012 candidates

AIR POLLUTION



·        Air pollution is not only a serious environmental issue but also a serious health concern and is known to cause adverse health effects. This was confirmed by three latest studies.

The first study done by French researchers concluded that even the short term exposure to major air pollutants such as carbon monoxide, nitrogen dioxide, sulfur dioxide, and particulate matter significantly increases the risk of heart attack.

Many people still fail to acknowledge the fact that air pollution is behind many deaths in industrialized countries as one of the leading factors contributing to cardiovascular diseases (the leading cause of mortality in industrialized world).

The second study was conducted by the researchers at Rush University Medical Center and their conclusion was that the chronic exposure to particulate air pollution is likely to accelerate cognitive decline in older adults, especially older women.

This means that air pollution reduction could lead to a significant reduction of the future population burden of age-related cognitive decline such as dementia.

The third study conducted by Beth Israel Deaconess Medical Center found that air pollution, even at levels generally considered safe by federal standards, increases the risk of stroke by 34 percent. Stroke is the third leading cause of death in the United States attributing to more than 135,000 deaths per year.

SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W



Apakah suatu amalan yang dianjurkan oleh Nabi kita untuk sentiasa mengingati beliau, yang berupa selawat atau ayat Al-Quran yang dapat kita hadiahkan kepada Nabi kita itu pada setiap kali sembahyang atau setiap kali kita mengingatinya?
Apakah ada nas mengenainya?
Ada amalan menghadiahkan Al Fatihah kepada Rasulullah SAW, setiap kali hendak berdoa, adakah ini ada dalam nas?
Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-
1.   Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
2.   Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
3.   Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
Kedudukan selawat ke atas nabi (S.A.W.) ini merupakan perkara yang diwajibkan menurut sebilangan besar ulama’. Malahan dinukilkan bahawa Al-Imam Al-Qurthubi menyatakannya sebagai ijma’ ulama’. Apa yang diperselisihkan oleh ulama’ ialah adakah selawat itu wajib pada setiap kali majlis dan disebut nama Nabi Muhammad (S.A.W.) atau adakah ianya sunat (bagi yang bersepakat menyatakan ianya wajib seumur hidup).
Dalam hal ini, sebahagian ulama’ menyatakan ianya wajib setiap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.), dan sebahagian yang lain menyatakan wajib sekali di sepanjang majlis meskipun dalam majlis tersebut kerap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.) dan sebahagian yang lain menyatakan wajib memperbanyakkan selawat tanpa terikat dengan bilangan dan tidak memadai sekali seumur hidup.
Menurut jumhur ulama dalam masalah ini, selawat ke atas nabi (S.A.W.) merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t). Seperti juga zikir, tasbih dan tahmid. Ia diwajibkan sekali seumur hidup dan disunatkan pada setiap waktu dan ketika. Sepatutnya juga ke atas setiap muslim memperbanyakkannya.
Berkait juga dengan soalan yang dikemukakan, iaitu tentang hukum selawat dalam sembahyang. Perkara ini berlaku khilaf di kalangan ulama’. Menurut pandangan Mazhab Syafei dan Hanbali, selawat diwajibkan dalam sembahyang dan tidak sah sembahyang tanpa selawat. Manakala dalam Mazhab Maliki dan Hanafi, selawat merupakan perkara yang sunat muakkad dan sah sembahyang tanpanya tetapi dalam keadaan yang makruh.


PEMERINTAHAN BERAJA

Bincangkan peranan Shih Huang Ti dalam membina dan mengukuhkan Dinasti Chin.

Pendahuluan (3m)
·         Pengenalan Tamadun China: Terletak di Lembah Huang Ho-meluas hingga ke bahagian selatan China. perluasan kawasan bermula zaman Disnasti Chin.
·         Latar belakang Dinasti Chin: Kerajaan Chin ini pada asalnya merupakan sebuah wilayah Dinasti Chou yang terletak di kawasan tengah Shensi dan kawasan Timur Kansu. Ia dipercayai diasaskan sebelum tahun 770 SM. Pada permulaannya, kawasan ini merupakan sebuah kawasan pedalaman yang agak mundur tetapi selepas pembaharuan yang dilakukan oleh Shangyang, Kerajaan Chin ini mula berkembang dan menawan ibu kota Kerajaan Chou pada 256 SM. Pada tahun 230 SM - 221 SM, raja Chin menyerang dan menawan kerajaan-kerajaan kecil yang lain dan membentuk Empayar Chin. Empayar Chin ini akhirnya mengalami keruntuhan pada tahun 206 SM disebabkan pemerintah Maharaja Chin yang zalim.
·         Latar belakang Shih Huang Ti
                     i.        Shih Huang Ti dilahirkan pada tahun 259 SM iaitu pada penghujung tahun dinasti Chou (yang didirikan sekitar 1100 SM) dan meninggal dunia pada tahun 210 SM. .
                   ii.        Maharaja Shih Huang Ti adalah pengasas Dinasti Chin pada tahun 221 S.M . Namanya sendiri bermaksud First Emperor. Gelaran ini menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja yang dianggap sebagai The Great King dan The King of Kings. Maharaja mempunyai kuasa tertinggi, sumber undang-undang, ketua kerajaan, ketua hakim, dan ketua agama.
                  iii.        Beliau telah mengasaskan empayar yang luas dan berjaya menyatukan seluruh empayar China ke bawah satu pemerintahan pusat. Kekuasaan jajahannya menjangkau sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.

Isi-isi Penting

Peranan Shih Huang Ti

Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Wilayah
·         Pada awalnya, Kerajaan Chin ini bertempat di kawasan yang agak terpencil di kawasan tengah Shensi dan kawasan Timur Kansu. Pada masa ini, Kerajaan Chin merupakan kerajaan yang mundur sekali di antara kerajaan-kerajaan lain di China. Pada tahun 361 SM, raja Chin membuat keputusan untuk memperkuatkan negara dan memperluaskan wilayahnya.
·         Pada tahun 246 SM, Ying Zheng (kemudian memakai gelaran Shih Huang Ti) menaiki takhta. Pada masa itu, Chin telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan merupakan kerajaan yang paling kuat ekoran kejayaan dasar memperkuatkan negara oleh pemerintah sebelumnya
·         Mulai tahun 230 SM, Kerajaan Chin telah menawan Kerajaan Han, Kerajaan Ch'i (226SM), Kerajaan Wei (225SM), Kerajaan Chu (223SM), dan seterusnya menawan Kerajaan Yen dan Kerajaan Chao pada tahun 222 SM. Pada masa ini, Empayar Chin berjaya dibentuk. Negeri China yang telah berpecah belah selama 800 tahun telah disatukan dan baginda memakai gelaran Shih Huang Ti.


Mengukuhkan kedudukan Ekonomi
·         Shih Huang Ti lebih mementingkan aktiviti pertanian daripada aktiviti perdagangan. Antara tahun 219 SM - 211 SM, Shih Huang Ti telah memindahkan lebih daripada 100 ribu orang penduduk ke kawasan Utara China untuk mengusahakan tanah terbiar.
·         Shih Huang Ti juga mengambil langkah untuk menghapuskan sistem kewangan yang digunakan oleh kerajaan lama dan digantikan dengan sistem yang berasaskan amalan orang Chin. Selain itu, sistem ukuran yang diubahsuai dan disatukan di seluruh Empayar. Kesemuanya ini telah membantu perkembangan ekonomi.
·         Jalan raya dibina di sekitar empayarnya bagi memudahkan pemerintahan dan kewujudannya merangsangkan lagi perkembangan ekonomi dalam negara.

Membentuk Angkatan Tentera yang Kuat
·         Empayar Chin mempunyai angkatan tentera yang kuat. Hal ini dapat dibuktikan apabila Chin hanya menggunakan masa yang singkat untuk menyatukan negeri China yang berpecah belah sejak 230 SM, iaitu lebih kurang 8 tahun. Selain itu, serangan orang nomad dan pemberontakan dapat dipatahkan. Empayar Chin juga dapat  mengekalkan keamanan dalam empayarnya dan ini adalah hasil daripada memiliki angkatan tentera yang kuat.

Memperkukuh sistem pertahanan daripada serangan luar
·         Mempertahankan negara daripada serangan orang gasar khususnya orang Hsiung Nu dengan membina Tembok Besar Negeri China. Menyambung pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dilengkapi dengan menara kawalan untuk memerhati gerakan musuh.

Melaksanakan Undang-undang yang ketat dan teratur
·         Pemerintahan yang diamalkan oleh Empayar Chin adalah bercorak autokratik, iaitu rakyat mesti diperintah dengan tegas dan mutlak. Undang-undang yang ketat telah diperkenalkan oleh Han Fei Tsu, seorang pendukung falsafah legalisme. Beliau berpendapat bahawa pemerintah yang berteraskan undang-undang lebih baik daripada pemerintahan melalui teladan. Oleh itu, buku-buku ajaran Confucius telah dibakar kerana bertentangan dengan dasar yang diamalkannya.Sarjana-sarjana yang ingkar dihukum bunuh.Untuk mengelakkan pemberontakan, rakyat yang memiliki lembing, tombak, anak panah, dan kereta kuda dipaksa menyerahkan senjata-senjata tersebut kepada kerajaan.
·         Penduduk di China diatur dalam kumpulan-kumpulan keluarga yang mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyediakan guna tenaga dalam kerja-kerja pembinaan dan ketenteraan.Sistem ini dikuatkuasakan melalui kanun keseksaan yang kejam.Kaedah pemerintahan seperti ini dikuatkuasakan oleh Shih Huang Ti di seluruh negara China untuk menyatukan Negara China dan mengukuhkan pemerintahannya.

 Melaksanakan Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran yang Kemas/Sistematik
·         Menjalankan sistem pemerintahan berpusat: Menubuhkan ibu kota di Hsein Yang sebagai pusat pemerintahan.Semua kuasa kerajaan adalah di bawah kuasa maharaja yang memerintah terus dari ibu kota.Menjalankan pemerintahan bersifat autokratik. Shih Huang Ti menjalankan pemerintahan berpusat iaitu meletakkan semua kusa negeri di bawah kerajaan pusat.
·         Membuat perubahan dalam pentadbiran wilayah/provinsi: Membahagikan empayar kepada 36 wilayah (kemudiannya 42 wilayah) yang dikenali sebagai "Jiunn". Semua  wilayah dandaerah ini ditadbir secara langsung oleh kerajaan pusat dan kerajaan pusat sahaja yang berkuasa melantik atau melucutkan pegawai yang memerintah kawasan ini. Di dalam kerajaan pusat pula, baginda melantik 3 orang pegawai tertinggi dan selepasnya ialah 9 orang pegawai utama.
·         Mewujudkan tiga pentadbiran utama: Maharaja bertanggungjawab kepada tiga pentadbiran utama iaitu Canselor, Setiausaha Imperial dan Grand Commandant.Bertanggungjawab menasihati raja dan menguruskan istana.Masing-masing mempunyai tugas khas. Tanggungjawab ketiga-tiga jawatan tersebut diagihkan sesama mereka hinggakan tiada seorang pun berada dalam kedudukan yang mampu menggulingkan kuasa maharaja. Dengan demikian dapat mengukuhkan kuasa maharaja.

Menghapuskan sistem feudal.
·         Menghapuskan sistem feudal dengan menyekat kuasa dan pengaruh golongan aristokrat/bangsawan serta pegawai-pegawai feudal di peringkat wilayah dan daerah.Merampas tanah golongan aristokrat/bangsawan dan mengarahkan mereka tinggal di sekitar kawasan istananya.Lebih 120 000 orang aristokrat telah diarahkan ke ibu negeri iaitu Hsien Yang, pusat kerajaan Dinasti Chin. Shih Huang Ti melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir wilayah yang terdiri daripada ahli keluarganya atau pegawai tentera yang banyak berjasa kepadanya.Pemerintahan wilayah dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja.Ia bertujuan untuk mengelakkan wilayah membentuk kerajaan dan mencabar kerajaan pusat sebagaimana dalam sistem feudal.

Memperkenalkan ‘scholar system’
·         Melatih sekumpulan kakitangan awam yang mempunyai pendidikan untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang berkhidmat dengannya.Dilatih selama 15 tahun untuk menjadi kakitangan awam yang akan berkhidmat kepada maharaja.Melalui sistem ini tiada lagi golongan bangsawan dilantik secara warisan melalui sistem feudal tetapi mesti berdasarkan kelulusan dalam peperiksaan awam yang dijalankan dengan ketat. Ini dapat mengukuhkan kuasa maharaja.

Melantik pemerhati/perisik wilayah
·         Untuk mengawal pentadbiran wilayah, seorang pemerhati dilantik bagi mengawasi tindak-tanduk gabenor-gabenor di wilayah.Pegawaipegawai pemerhati ini akan melaporkan kepada maharaja di kerajaan pusat dan dengan cara ini maharaja boleh mengawal semua wilayah dalam empayarnya.

 Wujudnya Hubungan antara Jajahan:
·         Bagi menyenangkan pemerintahan berpusat, Shih Huang Ti mengarahkan pembinaan jalan raja dalam empayar dan ini telah mewujudkan hubungan antara jajahan takluk dengan jajahan takluk dan antara jajahan takluk dengan kerajaan pusat. Jalan raya ini dibina bermula dari Sien Yang berhala ke Timur sehingga ke kawasan Hopeh, Liao Ning dan Shantung; ke Selatan pula sehingga ke Chekiang dan Kiangsi. Hubungan yang wujud adalah bersifat ketenteraan, perdagangan dan kebudayaan.

Penyatuan bahasa dan budaya
·         Setelah berjaya menguasai keseluruhan wilayah China Shih Huang Tin akhirnya telah memberi satu negara, satu bahasa dan satu bangsa kepada wilayah-wilayah yang ditakluknya. China di panggil China kerana bangsa baginda merupakan bangsa Chin.
·         Baginda mewajibkan bahasa rasmi China adalah mandarin. Mereka boleh bertutur dalam dialek masing-masing tetapi mandarin menyatukan mereka dan memberi mereka bangsa China yang asalnya dari berbagai-bagai wilayah.

Kesimpulan
·         Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan pemerintahannya.
·         Sikap beliau yang autokratik dan zalim menyebabkan rakyat cuba memberontak tetapi gagal.
·          Sistem beraja Dinasti Chin mengalami keruntuhan selepas kematian Shih Huang Ti pada tahun 210 S.M kerana penggantinya lemah dan tidak dapat mengawal seluruh empayar yang luas




Huraikan tentang sistem pentadbiran beraja yang diamalkan oleh kerajaan Mesir purba.

Pengenalan
·         Salah satu ciri kewujudan tamadun adalah adanya sistem pentadbiran yang sistematik. Tamadun Mesir salah satu tamadun yang mempunyai sistem pentadbiran yang teratur.
·         Ia mengamalkan pemerintahan beraja. Bermula apabila firaun Menes menyatukan Mesir utara dan Mesir selatan dan menubuhkan kerajaan yang kuat pada 3200 SM.
·         Sistem pentadbiran beraja yang diamalkan berbentuk warisan. Firaun dibantu oleh pegawai kerajaan yang terdiri daripada anggota kerabat diraja dan golongan bangsawan. Terdapat sistem pentadbiran pusat dan wilayah yang bercorak birokratik di Mesir.

Isi-isi penting
·         Sistem pentadbiran Mesir diterajui oleh Firaun. Firaun dibantu oleh pegawai kerajaan diperingkat pusat dan wilayah. Firaun merupakan ketua negara dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.
·         Firaun sumber kewibawaan dan kekuasaan. Selain itu firaun juga sebagai ketua pendeta, ketua hakim, ketua pentadbir dan ketua panglima tentera.
·         Sebagai ketua pentadbir, firaun bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan dalam negara.
·         Firaun juga bertanggungjawab memelihara Maat, iaitu peraturan, kebenaran atau keadilan.
·         Dalam agama firaun berperanan sebagai ketua pendeta.
·         Sebagai ketua hakim, firaun bertanggungjawab mengisytiharkan undang-undang, memelihara kebajikan dan keharmonian, mengadili kes rayuan dan ada kuasa menjatuhkan hukuman mati.
·         Dalam ketenteraan, firaun sebagai ketua panglima tentera dan memimpin pasukan tentera dalam medan peperangan.
·         Firaun dibantu oleh pegawai kerajaan yang diberi mandat untuk menjalankan tugas sekular dan keagamaan.
·         Antara pegawai kerajaan yang penting diperingkat pusat ialah wazir, canselor, ketua jabatan dan pegawai di istana. Wazir merupakan pegawai yang mempunayai kedudukan teringgi dan berpengaruh di Mesir. Wazir dilantik di kalangan anggota kerabat diraja, golongan bangsawan dan pendeta. Jawatan ini diwarisi oleh keluarga berdasarkan pengaruh keluarga tersebut.
·         Wazir bertanggungjawab memeriksa laporan perangkaan mengenai binatang ternakan, mencatatkan pembekalan barang-barang makanan, memeriksa tangki air dan mengawasi kerja-kerja menebang pokok dan membina terusan. Wazir juga akan memeriksa laporan yang dihantar oleh nomarch dari wilayah, menyimpan dokumen penting kerajaan, menyelia ekspedisi diraja, bengkel, stor dan ladang serta projek pembinaan. Wazir juga akan melantik kakitangan yang berkhidmat di istana diraja, memeriksa akaun dan mengeluarkan resit, merekrut pengawal keselamatan diraja, melaporkan hal ehwal dalam negara kepada firaun dan menjalankan tugas sebagai ketua hakim.
·          Canselor memainkan peranan dalam menguruskan hal ehwal ekonomi rumah berhala. Antara tugas penting canselor ialah menetapkan jumlah cukai yang perlu dibayar, menyimpan hasil cukai dalam perbendaharaan atau gudang diraja, menentukan gaji pekerja di ladang atau gudang diraja, menentukan gaji pekerja ladang dan membayar gaji anggota tentera.
·         Firaun juga dibantu oleh sekumpulan pegawai istana yang menguruskan hal-ehwal yang berkaitan dengan firaun dan kerabat diraja. Antaranya ialah pengurus firaun, camberlain, penyelia istana dan kerani.
·         Pengurus firaun memainkan peranan dalam menguruskan pentadbiran istana, mentadbir estet diraja, merancang ekspedisi diraja dan mendidik putera-puteri raja.
·         Tugas camberlain mengawasi dan menguruskan makanan, minuman dan tempat penginapan diraja. Penyelia istana pula menjalankan tugas menjaga penghuni wanita dalam istana. Kerani diraja pula menjalankan tugas mengawasi kerja-kerja pembinaan dan memulihkan bangunan lama.
·         Jabatan kerajaan juga ditubuhkan untuk melicinkan pentadbiran diperingkat pusat. Ada 6 jabatan kerajaan ditubuhkan yang dikenali sebagai ‘Six Gread House’. Antara jabatan yang penting ialah jabatan perbendaharaan. Jabatan ini bertanggungjawab mengedarkan bijirin ke stor-stor di peringkat daerah untuk diagihkan kepada kakitangan awam.
·         Selain pentadbiran peringkat pusat, terdapat juga sistem pentadbiran peringkat wilayah yang teratur. Pentadbiran wilayan diketuai oleh nomarch. Nomarch merupakan pemimpin material dan spiritual sesebuah wilayah. Nomarch juga memainkan peranan sebagai seorang pentadbir, hakim dan ketua pendeta. Nomarch dilantik oleh firaun dan terletak di bawah penguasaan firaun.
·          Pentadbiran bagi jajahan takluk diterajui oleh wizurai yang dilantik oleh firaun. Wizurai mengetahui organisasi pentadbiran dan politik diperingkat wilayah.
·         Nomarch dibantu oleh datuk bandar, pegawai penguatkuasa undang-undang, pegawai tentera dan polis. Pada zaman pemerintahan baru, datuk bandar merupakan pegawai tinggi di peringkat wilayah. Tugas datuk bandar ialah membuat taksiran cukai, mengumpul dan menyimpan hasil cukai, menghantar laporan kepada wazir, mengadili kes-kes kecil dan mewujudkan keamanan di bandar. Dalam menguatkuasakan undangundang, datuk bandar dibantu oleh Medjay. Medjay dilantik dikalangan suku nomad dari wilayah Nubia. Selain itu pasukan tentera dan polis juga ditubuhkan untuk menjaga keamanan dan ketenteraman dalam negara. Pasukan tentera dan polis diketuai oleh seorang kapten. Antara tugas tentera dan polis ialah meronda dan mengawal kubur-kubur diraja dan sempadan diraja.

 Kesimpulan
·         Jelas menunjukkan tamadun Mesir mempunyai sistem pentadbiran peringkat pusat dan wilayah yang teratur.
·         Perkembangan ini dapatlah firaun memantapkan penguasaan wilayah yang luas.
·          Keadaan ini merintis jalan ke arah kemajuan bidang ekonomi, budaya dan sosial.
·         Seterusnya memantapkan tamadun Mesir dan memperkayakan warisan tamadun Mesir.