Pages

Subscribe:

Monday 20 February 2012

PEMERINTAHAN BERAJA

Bincangkan peranan Shih Huang Ti dalam membina dan mengukuhkan Dinasti Chin.

Pendahuluan (3m)
·         Pengenalan Tamadun China: Terletak di Lembah Huang Ho-meluas hingga ke bahagian selatan China. perluasan kawasan bermula zaman Disnasti Chin.
·         Latar belakang Dinasti Chin: Kerajaan Chin ini pada asalnya merupakan sebuah wilayah Dinasti Chou yang terletak di kawasan tengah Shensi dan kawasan Timur Kansu. Ia dipercayai diasaskan sebelum tahun 770 SM. Pada permulaannya, kawasan ini merupakan sebuah kawasan pedalaman yang agak mundur tetapi selepas pembaharuan yang dilakukan oleh Shangyang, Kerajaan Chin ini mula berkembang dan menawan ibu kota Kerajaan Chou pada 256 SM. Pada tahun 230 SM - 221 SM, raja Chin menyerang dan menawan kerajaan-kerajaan kecil yang lain dan membentuk Empayar Chin. Empayar Chin ini akhirnya mengalami keruntuhan pada tahun 206 SM disebabkan pemerintah Maharaja Chin yang zalim.
·         Latar belakang Shih Huang Ti
                     i.        Shih Huang Ti dilahirkan pada tahun 259 SM iaitu pada penghujung tahun dinasti Chou (yang didirikan sekitar 1100 SM) dan meninggal dunia pada tahun 210 SM. .
                   ii.        Maharaja Shih Huang Ti adalah pengasas Dinasti Chin pada tahun 221 S.M . Namanya sendiri bermaksud First Emperor. Gelaran ini menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja yang dianggap sebagai The Great King dan The King of Kings. Maharaja mempunyai kuasa tertinggi, sumber undang-undang, ketua kerajaan, ketua hakim, dan ketua agama.
                  iii.        Beliau telah mengasaskan empayar yang luas dan berjaya menyatukan seluruh empayar China ke bawah satu pemerintahan pusat. Kekuasaan jajahannya menjangkau sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.

Isi-isi Penting

Peranan Shih Huang Ti

Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Wilayah
·         Pada awalnya, Kerajaan Chin ini bertempat di kawasan yang agak terpencil di kawasan tengah Shensi dan kawasan Timur Kansu. Pada masa ini, Kerajaan Chin merupakan kerajaan yang mundur sekali di antara kerajaan-kerajaan lain di China. Pada tahun 361 SM, raja Chin membuat keputusan untuk memperkuatkan negara dan memperluaskan wilayahnya.
·         Pada tahun 246 SM, Ying Zheng (kemudian memakai gelaran Shih Huang Ti) menaiki takhta. Pada masa itu, Chin telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan merupakan kerajaan yang paling kuat ekoran kejayaan dasar memperkuatkan negara oleh pemerintah sebelumnya
·         Mulai tahun 230 SM, Kerajaan Chin telah menawan Kerajaan Han, Kerajaan Ch'i (226SM), Kerajaan Wei (225SM), Kerajaan Chu (223SM), dan seterusnya menawan Kerajaan Yen dan Kerajaan Chao pada tahun 222 SM. Pada masa ini, Empayar Chin berjaya dibentuk. Negeri China yang telah berpecah belah selama 800 tahun telah disatukan dan baginda memakai gelaran Shih Huang Ti.


Mengukuhkan kedudukan Ekonomi
·         Shih Huang Ti lebih mementingkan aktiviti pertanian daripada aktiviti perdagangan. Antara tahun 219 SM - 211 SM, Shih Huang Ti telah memindahkan lebih daripada 100 ribu orang penduduk ke kawasan Utara China untuk mengusahakan tanah terbiar.
·         Shih Huang Ti juga mengambil langkah untuk menghapuskan sistem kewangan yang digunakan oleh kerajaan lama dan digantikan dengan sistem yang berasaskan amalan orang Chin. Selain itu, sistem ukuran yang diubahsuai dan disatukan di seluruh Empayar. Kesemuanya ini telah membantu perkembangan ekonomi.
·         Jalan raya dibina di sekitar empayarnya bagi memudahkan pemerintahan dan kewujudannya merangsangkan lagi perkembangan ekonomi dalam negara.

Membentuk Angkatan Tentera yang Kuat
·         Empayar Chin mempunyai angkatan tentera yang kuat. Hal ini dapat dibuktikan apabila Chin hanya menggunakan masa yang singkat untuk menyatukan negeri China yang berpecah belah sejak 230 SM, iaitu lebih kurang 8 tahun. Selain itu, serangan orang nomad dan pemberontakan dapat dipatahkan. Empayar Chin juga dapat  mengekalkan keamanan dalam empayarnya dan ini adalah hasil daripada memiliki angkatan tentera yang kuat.

Memperkukuh sistem pertahanan daripada serangan luar
·         Mempertahankan negara daripada serangan orang gasar khususnya orang Hsiung Nu dengan membina Tembok Besar Negeri China. Menyambung pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dilengkapi dengan menara kawalan untuk memerhati gerakan musuh.

Melaksanakan Undang-undang yang ketat dan teratur
·         Pemerintahan yang diamalkan oleh Empayar Chin adalah bercorak autokratik, iaitu rakyat mesti diperintah dengan tegas dan mutlak. Undang-undang yang ketat telah diperkenalkan oleh Han Fei Tsu, seorang pendukung falsafah legalisme. Beliau berpendapat bahawa pemerintah yang berteraskan undang-undang lebih baik daripada pemerintahan melalui teladan. Oleh itu, buku-buku ajaran Confucius telah dibakar kerana bertentangan dengan dasar yang diamalkannya.Sarjana-sarjana yang ingkar dihukum bunuh.Untuk mengelakkan pemberontakan, rakyat yang memiliki lembing, tombak, anak panah, dan kereta kuda dipaksa menyerahkan senjata-senjata tersebut kepada kerajaan.
·         Penduduk di China diatur dalam kumpulan-kumpulan keluarga yang mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyediakan guna tenaga dalam kerja-kerja pembinaan dan ketenteraan.Sistem ini dikuatkuasakan melalui kanun keseksaan yang kejam.Kaedah pemerintahan seperti ini dikuatkuasakan oleh Shih Huang Ti di seluruh negara China untuk menyatukan Negara China dan mengukuhkan pemerintahannya.

 Melaksanakan Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran yang Kemas/Sistematik
·         Menjalankan sistem pemerintahan berpusat: Menubuhkan ibu kota di Hsein Yang sebagai pusat pemerintahan.Semua kuasa kerajaan adalah di bawah kuasa maharaja yang memerintah terus dari ibu kota.Menjalankan pemerintahan bersifat autokratik. Shih Huang Ti menjalankan pemerintahan berpusat iaitu meletakkan semua kusa negeri di bawah kerajaan pusat.
·         Membuat perubahan dalam pentadbiran wilayah/provinsi: Membahagikan empayar kepada 36 wilayah (kemudiannya 42 wilayah) yang dikenali sebagai "Jiunn". Semua  wilayah dandaerah ini ditadbir secara langsung oleh kerajaan pusat dan kerajaan pusat sahaja yang berkuasa melantik atau melucutkan pegawai yang memerintah kawasan ini. Di dalam kerajaan pusat pula, baginda melantik 3 orang pegawai tertinggi dan selepasnya ialah 9 orang pegawai utama.
·         Mewujudkan tiga pentadbiran utama: Maharaja bertanggungjawab kepada tiga pentadbiran utama iaitu Canselor, Setiausaha Imperial dan Grand Commandant.Bertanggungjawab menasihati raja dan menguruskan istana.Masing-masing mempunyai tugas khas. Tanggungjawab ketiga-tiga jawatan tersebut diagihkan sesama mereka hinggakan tiada seorang pun berada dalam kedudukan yang mampu menggulingkan kuasa maharaja. Dengan demikian dapat mengukuhkan kuasa maharaja.

Menghapuskan sistem feudal.
·         Menghapuskan sistem feudal dengan menyekat kuasa dan pengaruh golongan aristokrat/bangsawan serta pegawai-pegawai feudal di peringkat wilayah dan daerah.Merampas tanah golongan aristokrat/bangsawan dan mengarahkan mereka tinggal di sekitar kawasan istananya.Lebih 120 000 orang aristokrat telah diarahkan ke ibu negeri iaitu Hsien Yang, pusat kerajaan Dinasti Chin. Shih Huang Ti melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir wilayah yang terdiri daripada ahli keluarganya atau pegawai tentera yang banyak berjasa kepadanya.Pemerintahan wilayah dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja.Ia bertujuan untuk mengelakkan wilayah membentuk kerajaan dan mencabar kerajaan pusat sebagaimana dalam sistem feudal.

Memperkenalkan ‘scholar system’
·         Melatih sekumpulan kakitangan awam yang mempunyai pendidikan untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang berkhidmat dengannya.Dilatih selama 15 tahun untuk menjadi kakitangan awam yang akan berkhidmat kepada maharaja.Melalui sistem ini tiada lagi golongan bangsawan dilantik secara warisan melalui sistem feudal tetapi mesti berdasarkan kelulusan dalam peperiksaan awam yang dijalankan dengan ketat. Ini dapat mengukuhkan kuasa maharaja.

Melantik pemerhati/perisik wilayah
·         Untuk mengawal pentadbiran wilayah, seorang pemerhati dilantik bagi mengawasi tindak-tanduk gabenor-gabenor di wilayah.Pegawaipegawai pemerhati ini akan melaporkan kepada maharaja di kerajaan pusat dan dengan cara ini maharaja boleh mengawal semua wilayah dalam empayarnya.

 Wujudnya Hubungan antara Jajahan:
·         Bagi menyenangkan pemerintahan berpusat, Shih Huang Ti mengarahkan pembinaan jalan raja dalam empayar dan ini telah mewujudkan hubungan antara jajahan takluk dengan jajahan takluk dan antara jajahan takluk dengan kerajaan pusat. Jalan raya ini dibina bermula dari Sien Yang berhala ke Timur sehingga ke kawasan Hopeh, Liao Ning dan Shantung; ke Selatan pula sehingga ke Chekiang dan Kiangsi. Hubungan yang wujud adalah bersifat ketenteraan, perdagangan dan kebudayaan.

Penyatuan bahasa dan budaya
·         Setelah berjaya menguasai keseluruhan wilayah China Shih Huang Tin akhirnya telah memberi satu negara, satu bahasa dan satu bangsa kepada wilayah-wilayah yang ditakluknya. China di panggil China kerana bangsa baginda merupakan bangsa Chin.
·         Baginda mewajibkan bahasa rasmi China adalah mandarin. Mereka boleh bertutur dalam dialek masing-masing tetapi mandarin menyatukan mereka dan memberi mereka bangsa China yang asalnya dari berbagai-bagai wilayah.

Kesimpulan
·         Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan pemerintahannya.
·         Sikap beliau yang autokratik dan zalim menyebabkan rakyat cuba memberontak tetapi gagal.
·          Sistem beraja Dinasti Chin mengalami keruntuhan selepas kematian Shih Huang Ti pada tahun 210 S.M kerana penggantinya lemah dan tidak dapat mengawal seluruh empayar yang luas




Huraikan tentang sistem pentadbiran beraja yang diamalkan oleh kerajaan Mesir purba.

Pengenalan
·         Salah satu ciri kewujudan tamadun adalah adanya sistem pentadbiran yang sistematik. Tamadun Mesir salah satu tamadun yang mempunyai sistem pentadbiran yang teratur.
·         Ia mengamalkan pemerintahan beraja. Bermula apabila firaun Menes menyatukan Mesir utara dan Mesir selatan dan menubuhkan kerajaan yang kuat pada 3200 SM.
·         Sistem pentadbiran beraja yang diamalkan berbentuk warisan. Firaun dibantu oleh pegawai kerajaan yang terdiri daripada anggota kerabat diraja dan golongan bangsawan. Terdapat sistem pentadbiran pusat dan wilayah yang bercorak birokratik di Mesir.

Isi-isi penting
·         Sistem pentadbiran Mesir diterajui oleh Firaun. Firaun dibantu oleh pegawai kerajaan diperingkat pusat dan wilayah. Firaun merupakan ketua negara dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.
·         Firaun sumber kewibawaan dan kekuasaan. Selain itu firaun juga sebagai ketua pendeta, ketua hakim, ketua pentadbir dan ketua panglima tentera.
·         Sebagai ketua pentadbir, firaun bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan dalam negara.
·         Firaun juga bertanggungjawab memelihara Maat, iaitu peraturan, kebenaran atau keadilan.
·         Dalam agama firaun berperanan sebagai ketua pendeta.
·         Sebagai ketua hakim, firaun bertanggungjawab mengisytiharkan undang-undang, memelihara kebajikan dan keharmonian, mengadili kes rayuan dan ada kuasa menjatuhkan hukuman mati.
·         Dalam ketenteraan, firaun sebagai ketua panglima tentera dan memimpin pasukan tentera dalam medan peperangan.
·         Firaun dibantu oleh pegawai kerajaan yang diberi mandat untuk menjalankan tugas sekular dan keagamaan.
·         Antara pegawai kerajaan yang penting diperingkat pusat ialah wazir, canselor, ketua jabatan dan pegawai di istana. Wazir merupakan pegawai yang mempunayai kedudukan teringgi dan berpengaruh di Mesir. Wazir dilantik di kalangan anggota kerabat diraja, golongan bangsawan dan pendeta. Jawatan ini diwarisi oleh keluarga berdasarkan pengaruh keluarga tersebut.
·         Wazir bertanggungjawab memeriksa laporan perangkaan mengenai binatang ternakan, mencatatkan pembekalan barang-barang makanan, memeriksa tangki air dan mengawasi kerja-kerja menebang pokok dan membina terusan. Wazir juga akan memeriksa laporan yang dihantar oleh nomarch dari wilayah, menyimpan dokumen penting kerajaan, menyelia ekspedisi diraja, bengkel, stor dan ladang serta projek pembinaan. Wazir juga akan melantik kakitangan yang berkhidmat di istana diraja, memeriksa akaun dan mengeluarkan resit, merekrut pengawal keselamatan diraja, melaporkan hal ehwal dalam negara kepada firaun dan menjalankan tugas sebagai ketua hakim.
·          Canselor memainkan peranan dalam menguruskan hal ehwal ekonomi rumah berhala. Antara tugas penting canselor ialah menetapkan jumlah cukai yang perlu dibayar, menyimpan hasil cukai dalam perbendaharaan atau gudang diraja, menentukan gaji pekerja di ladang atau gudang diraja, menentukan gaji pekerja ladang dan membayar gaji anggota tentera.
·         Firaun juga dibantu oleh sekumpulan pegawai istana yang menguruskan hal-ehwal yang berkaitan dengan firaun dan kerabat diraja. Antaranya ialah pengurus firaun, camberlain, penyelia istana dan kerani.
·         Pengurus firaun memainkan peranan dalam menguruskan pentadbiran istana, mentadbir estet diraja, merancang ekspedisi diraja dan mendidik putera-puteri raja.
·         Tugas camberlain mengawasi dan menguruskan makanan, minuman dan tempat penginapan diraja. Penyelia istana pula menjalankan tugas menjaga penghuni wanita dalam istana. Kerani diraja pula menjalankan tugas mengawasi kerja-kerja pembinaan dan memulihkan bangunan lama.
·         Jabatan kerajaan juga ditubuhkan untuk melicinkan pentadbiran diperingkat pusat. Ada 6 jabatan kerajaan ditubuhkan yang dikenali sebagai ‘Six Gread House’. Antara jabatan yang penting ialah jabatan perbendaharaan. Jabatan ini bertanggungjawab mengedarkan bijirin ke stor-stor di peringkat daerah untuk diagihkan kepada kakitangan awam.
·         Selain pentadbiran peringkat pusat, terdapat juga sistem pentadbiran peringkat wilayah yang teratur. Pentadbiran wilayan diketuai oleh nomarch. Nomarch merupakan pemimpin material dan spiritual sesebuah wilayah. Nomarch juga memainkan peranan sebagai seorang pentadbir, hakim dan ketua pendeta. Nomarch dilantik oleh firaun dan terletak di bawah penguasaan firaun.
·          Pentadbiran bagi jajahan takluk diterajui oleh wizurai yang dilantik oleh firaun. Wizurai mengetahui organisasi pentadbiran dan politik diperingkat wilayah.
·         Nomarch dibantu oleh datuk bandar, pegawai penguatkuasa undang-undang, pegawai tentera dan polis. Pada zaman pemerintahan baru, datuk bandar merupakan pegawai tinggi di peringkat wilayah. Tugas datuk bandar ialah membuat taksiran cukai, mengumpul dan menyimpan hasil cukai, menghantar laporan kepada wazir, mengadili kes-kes kecil dan mewujudkan keamanan di bandar. Dalam menguatkuasakan undangundang, datuk bandar dibantu oleh Medjay. Medjay dilantik dikalangan suku nomad dari wilayah Nubia. Selain itu pasukan tentera dan polis juga ditubuhkan untuk menjaga keamanan dan ketenteraman dalam negara. Pasukan tentera dan polis diketuai oleh seorang kapten. Antara tugas tentera dan polis ialah meronda dan mengawal kubur-kubur diraja dan sempadan diraja.

 Kesimpulan
·         Jelas menunjukkan tamadun Mesir mempunyai sistem pentadbiran peringkat pusat dan wilayah yang teratur.
·         Perkembangan ini dapatlah firaun memantapkan penguasaan wilayah yang luas.
·          Keadaan ini merintis jalan ke arah kemajuan bidang ekonomi, budaya dan sosial.
·         Seterusnya memantapkan tamadun Mesir dan memperkayakan warisan tamadun Mesir.