Jelaskan sistem pemerintahan Republik dalam tamadun Rom
Pengenalan
· Republik bermaksud negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya negara yang mengamalkan sistem republik diketuai oleh presiden.
· Sebelum kelahiran sistem republik, Rom mengamalkan pemerintahan beraja. Pemerintahan beraja di Rom bermula sejak 753SM dan diperintah secara mutlak oleh raja-raja Etruscan.
Isi-isi penting
Konsul
· Konsul merupakan pemerintah tertinggi. Terdapat dua orang konsul di pilih daripada penduduk yang berumur melebihi 40 tahun.
· Konsul dilantik oleh Dewan Senat dan mentadbir selama satu tahun.
· Ia mempunyai kuasa dalam pentadbiran, keadilan, ketenteraan, keagamaan dan kewangan. Ia juga berperanan sebagai ketua hakim, ketua angkatan tentera dan ketua eksekutif.
Dewan Senat
· Senat diwakili oleh 300 orang ahli yang dipilih daripada golongan bangsawan.
· Ahli dewan senat dipilih oleh konsul. Dewan senat bertindak menasihati konsul dalam urusan pentadbiran negara.
· Antara tugas ahli senat ialah membincangkan hal pentadbiran, mengubal undangundang untuk dibincang dalam dewan perhimpunan, mengadakan rundiangan dengan duta-duta asing, menetapkan provinsi yang akan diurus oleh konsul, menguruskan hal ehwal kewangan, menyelesaikan krisis keagamaan.
Dewan Perhimpunan
· Diwakili oleh semua rakyat Rom.
· Ia dikenali sebagai forum. Ia merupakan tempat rakyat berkumpul untuk mendapat laporan tentang perbincangan dewan senat.
· Dewan ini membantu dewan senat melaksanakan pemerintahan. Ia juga bertindak meluluskan dan mengesahkan undang-undang yang telah diputuskan oleh dewan senat.
Kesimpulan
· Pemerintahan republik merupakan warisan kerajaan Rom kepada tamadun dunia. Dalam pemerintahan republik terdapat keseimbangan kuasa antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman.
· Pemerintahan republik merintis ke arah pemerintahan diktaktor pada zaman Julius Caesar. Julius menamatkan pemerintahan republik dan mengisytiharkan diri sebagai diktaktor setelah mengalahkan Jeneral Pompei.