Pages

Subscribe:

Monday 20 February 2012

EMPAYAR

1.Dengan merujuk kepada empayar awal di India, China dan Rom, berikan  langkah-langkah yang diambil oleh para pemerintah untuk mengukuhkan empayar.

Pengenalan
·         Empayar merujuk kepada entiti politik yang menyatukan zon budaya yang luas. Kemunculan empayar kerana dasar imperialisme yang menyebabkan berlakunya penaklukan dan perluasan kuasa ke negara lain.
·          Proses perluasan kuasa menyebabkan muncul empayar seperti empayar Maurya dan Gupta di India, empayar Chin dan Han di China dan empayar Rom di Eropah.

Isi-isi penting

Kekuatan tentera
·         kekuatan tentera perlu untuk mematahkan pemberontakan atau kekacauan dalam negara, mengatasi serangan musuh dari luar dan meluaskan kuasa dengan menyerang dan menakluk negara lain.
·         Kekuatan tentera menjamin keselamatan negara. Contoh Chandragupta Maurya, mengukuhkan sebahagian besar empayarnya di India Utara dari Teluk Benggala di timur hingga ke Laut Arab. Ianya dilakukan dengan kekuatan tentera iaitu 900 gajah, 300,000 kavalri dan 600,000 infantri.
·         Maharaja Han Wu Ti menggunakan kekuatan tentera 50,000 hingga 100,000 askar untuk menghadapi ancaman puak Hsiung Nu (orang Gasar) yang menyerang sempadan utara dan barat laut China.

Mengukuhkan legitimasi pemerintah melalui adat istiadat
·         Upacara adat istiadat dilakukan untuk meningkatkan taraf raja kepada rakyat. Supaya rakyat menumpahkan taat setia kepada pemerintah. Raja juga dianggap tuhan atau wakil tuhan di muka bumi.
·         Masyarakat Mesir purba, firaun dianggap jelmaan tuhan Horus (tuhan langit).
·          Dalam masyarakat China purba, maharaja dianggap anak syurga dan baginda dipercayai menerima mandat dari syurga untuk memerintah.

Perkahwinan
·         Pemerintah mengukuhkan empayar melalui perkahwinan. Contohnya Chandragupta II mengahwini puteri keluarga diraja Naga yang bernama Kuveranaga. Beliau mengahwinkan puterinya Prabavatigupta dengan Raja Vakata, iaitu Rudrasena II.

Hubungan diplomatik
·         Ia bertujuan untuk mengukuhkan dan mempertahankan sempadan daripada pencerobohan kuasa asing. Contohnya semasa Bindusara, empayar Maurya menjalinkan hubungan diplomatik dengan pemerintahan Hellenistik dan Syria.
·         Maharaja Asoka menjalinkan hubungan persahabatan dengan raja Ptolemy II, raja Megas (Mesir purba), raja Cyrene (Afrika Utara) dan Antigomus Gonatas (Raja Mecedonia).

Sistem Pendidikan
·         Pemerintah perkenalkan sistem pendidikan formal atau tidak formal yang berperanan untuk menanamkan taat setia kepada maharaja dan empayar.
·         Dalam tamadun China, institusi pendidikan formal didirikan di zaman Han, Sung, Tang dan Ming untuk melahirkan ahli akademik yang taat kepada pemerintah. Sistem peperiksaan juga dapat mewujudkan pegawai kerajaan yang baik.

Mewujudkan perpaduan melalui asimilasi penduduk
·         Perpaduan atau asimilasi diwujudkan melalui perkahwinan campur, penerapan adat dan cara hidup baru dan pembentukan bandar.
·         Maharaja Agustus perkenalkan undang-undang yang memberikan hak kewarganegaraan kepada orang asing. Ia telah melahirkan asimilasi di kalangan penduduk melalui proses Romanisasi.

Memperkenalkan undang-undang
·         Perundangan diperkenalkan untuk mengawal rakyat dan mewujudkan keamanan. Dalam tamadun China, undang-undang yang berteraskan prinsip hukuman berat berasaskan falsafah legalisme diperkenalkan di zaman dinasti Chin.
·         Dalam tamadun Rom, Hukum Kanun 12 dan Kod undang-undang Rom (undang-undang Justinian) diperkenalkan bagi menjamin keamanan dan kestabilan dalam empayar.

Kemudahan infrastruktur
·         Kemudahan seperti pengangkutan, jalan raya dan jambatan bagi mengawal penduduk dan mengatasi pemberontakan.
·         Dalam tamadun Rom, terdapat rangkaian jalan raya yang menghubungkan wilayah-wilayah di seluruh empayar.

Sistem Birokrasi
·         Sistem birokrasi dapat mengukuhkan empayar. Birokrasi membantu kerajaan pusat mengawal wilayah dan tanah jajahan yang luas. Kerajaan pusat melantik pegawai di wilayah untuk mengawasi pentadbiran di peringkat wilayah..
·         Sistem birokrasi jelas semasa dinasti Han di China. Terdapat 108 provinsi yang dibahagikan kepada 1587 wilayah.

Pemusatan kuasa di peringkat pusat
·         Kerajaan pusat yang mantap dapat mewujudkan keamanan dan kestabilan empayar.
·         Zaman empayar Dinasti Maurya, wujud pemerintahan pusat yang kukuh. Maharaja dibantu oleh menteri yang berperanan memberi nasihat kepada raja berhubung hal ehwal dalam negara. Seperti jabatan perlombongan, jabatan akaun, jabatan perbendaharaan dan jabatan pertanian.

Kemajuan ekonomi
·         Pemerintah mengalakkan kemajuan dalam ekonomi seperti perindustrian, perlombongan, perladangan dan perdagangan antarabangsa untuk mengukuhkan sesebuah empayar.
·         Pada zaman Agustus, berlaku kemajuan dan pembangunan dalam perdagangan domestik dan antarabangsa. Beliau mengalakkan perdagangan melalui dasar laissez faire (perdagangan bebas).
Kesimpulan
·         Pelbagai langkah dilakukan untuk mempertahankan empayar.
·         Proses pengukuhan sesebuah empayar menyebabkan berlakunya kemajuan dalam politik, ekonomi dan sosial.



2.Jelaskan faktor-faktor yang mendorong kebangkitan Srivijaya sebagai sebuah empayar yang unggul di Alam Melayu dari awal abad ke 7 hingga abad ke 13 Masehi.

Pengenalan
·         Srivijaya merupakan empayar Melayu yang berjaya mengekalkan keunggulannya. Berdasarkan inskripsi Kedukan Bukit, Srivijaya diasaskan oleh Dapunta Hiyam pad abad ke 7 M di Palembang, Sumatera.
·         Semasa pemerintahan Dapunta, Srivijaya berjaya menakluki kerajaan Melayu- Jambi, Kedah Tua, Jaiya dan negeri-negeri di Segenting Kra.
·         Bermaksud Srivijaya berjaya menguasai jalan perdagangan antarabangsa di Selat Melaka pada abad ke 8 m.

Isi-isi penting

Perluasan kuasa dan kekuatan tentera
·         Srivijaya mempunyai pasukan tentera yang besar dan kuat. Pada tahun 683 M , seramai 20,000 askar di kalangan orang laut.
·         Melalui kekuatan tentera Srivijaya menguasai Bangka, Tulang Bawang,Minangkabau dan Tarumanagara di Jawa Barat.
·         Srivijaya juga menakluki Kedah dan meluaskan pengaruh hingga Lingor di pantai timut. Srivijaya menguasai 14 buah pelabuhan utama di Asia Tenggara dan muncul sebagai Thallasocracy yang penting.

Penguasaan Orang Laut
·         Menurut catatan Telaga Batu, pemerintah Srivijaya mengawal suku-suku orang laut dan melantik mereka sebagai anggota tentera laut.
·          Pada 683 M, raja Srivijaya ada pasukan tentera 20,000 askar orang laut. Ketuaketua orang laut juga dilantik sebagai ketua hulubalang dan syahbandar di pelabuhan dengan upah yang lumayan.
·         Penguasaan orang laut menyebabkan masalah lanun dapat diatasi dan ramai pedagang yang datang ke Srivijaya.

Kekayaan barang dagangan
·         Barang yang diperoleh daripada kawasan pedalaman ialah damar, rempah, wangiwangian, emas, gading, kemenyan, perak, kapur barus, lada, agar-agar laut, kayu gaharu dan cendana.
·         Bahan mentah seperti kulit kura-kura dan kulit kerang mempunyai permintaan tinggi di Asia Barat dan China.
·         Terdapat juga barang China dan Asia Barat di Srivijaya.
·         Srivijaya memainkan peranan sebagai tempat persinggahan kapal dagangan, pusat pengumpulan, penyebaran dan pusat pengagehan barang dagangan. Kemampuan menguasai perairan Selat Melaka dan Laut Sunda
·         Srivijaya menguasai Selat Sunda selepas menewaskan Jawa pada 992 M.
·         Penguasaan jalan laut menyebabkan Srivijaya menjadi pelabuhan persinggahan bagi kapal dari Asia Barat, India, China dan Nusantara.
·         Srivijaya juga menpunyai kedudukan yang strategik iaitu di tengah jalan perdagangan timur dan barat. Perkembangan perdagangan menyebabkan perkembangan Srivijaya.

Hubungan luar
·         Hubungan diplomatik dengan China pada 992 hingga 1028M. Melalui penghantaran duta ke China. Srivijaya mendapat perlindungan daripada China.
·         Hubungan baik ini juga menarik minat pedagang China datang ke Srivijaya.
·         Srivijaya memberikan jaminan kepada pedagang China daripada ancaman lanun.
·         Perkembangan perdagangan menjadikan Srivijaya menjadi sebab empayar yang kuat dan berpengaruh.

Sistem pentadbiran yang cekap
·         Dalam Telaga Batu, mempunyai maklumat lengkap mengenai struktur pentadbiran Srivijaya.
·         Pentadbiran terdiri daripada 3 peringkat, iaitu pentadbiran daerah, diraja dan tentera.
·          Pentadbiran daerah diketuai oleh Datu. Datu terdiri daripada anak raja dan pembesar bukan keturunan raja. Terdapat 4 kelas anak raja iaitu Yuvaraja, Pratiyuvaraja, Rajakumara dan Rajaputra.
·         Pentadbiran diraja merupakan pentadbiran di peringkat pusat. Terdapat sekumpulan pegawai pentadbir yang membantu pemerintah menjalankan tugas. Pegawai tersebut ialah Dandanayaka (hakim diraja), Nayaka (penghulu bendahari), Pratyaya (temenggung), Murdahaka (penghulu) dan Kumaramatya (orang kayakaya).
·         Pentadbiran tentera. Datu-datu dibantu oleh Parvanda yang merupakan ketua tentera yang bertindak menghapuskan penderhaka. Ada juga pemimpin tentera diperingkat daerah dan wilayah yang dikenali sebagai Senapati. Pemimpin tentera yang menduduki tangga ketiga dari segi hierarki ialah Pratisara iaitu komander tentera.
·         Kewujudan sistem pentadbiran yang cekap dan teratur melahirkn keamanan empayar Srivijaya.

Peranan dalam agama
·         Srivijaya sebagai pusat agama Buddha.
·         Raja-raja menggunakan kekayaan untuk membiayaai pengajian agama, membina kuil dan mendirikan yayasan agama.
·         Ini menjadikan Srivijaya menjadi tumpuan daripada seluruh Nusantara untuk mendalami ilmu agama Buddha.
·         Menurut I-Ching terdapat sekumpulan 1000 rahib Buddha menuntut ilmu di Srivijaya termasuk Atisa yang menjadi tokoh agama Buddha terkenal di Tibet.
·          Keunggulan Srivijaya sebagai pusat pengajian agama Buddha menarik sarjana terkemuka seperti Dharmakirti untuk mengajar di Srivijaya.

Kesimpulan
·         Kejayaan Srivijaya sebagai empayar disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial. Kejayaan Srivijaya bergantung kepada keupayaan menguasai jalan perdagangan hingga muncul sebagi pelabuhan entreport yang unggul pada abad ke 7 hingga 13 M. Kerajaan Srivijaya mula merosot pada 2 M apabila negeri-negeri jajahan takluk membebaskan diri daripada kerajaan pusat.



3.Empayar Babylon telah mencapai zaman kegemilangan pada zaman Hammurabi.Jelaskan sumbangan Hammurabi dalam pembentukan dan pengukuhan empayar Babylon.

Pengenalan
·         Empayar Babylon diasaskan oleh Sumu Abum, seorang ketua kaum Amorite pada 1894 SM. Empayar ini mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Hammurabi (1792-1750sm).
·         Hammurabi berjaya mewujudkan keamanan, memperkenalkan kod undang-undang dan mengasaskan pemerintahan yang teratur. Semasa pemerintahannya Babylon menjadi sebuah empayar yang besar dan terkenal.

Isi-isi penting

Dasar perluasan kuasa
·         Hammurabi menubuhkan empayar yang besar melalui dasar perluasan kuasa yang agresif. Beliau melancarkan ekspedisi ketenteraan untuk meluaskan pengaruh dan kekuasaan Babylon.
·         Antara kempen yang dilancarkan ialah menawan Isin dan mara ke selatan hingga ke Uruk pada 1786 SM, kempen menguasai Malgum (ibu kot adaerah Emutbal pada 1785 dan 1782 SM, kempen menawan Rapiqum pada 1781 SM, kempen menyerang    Larsa dan menewaskan pakaan tentera Guti, Elam, Assyria dan Eshnunna serta kempen menewaskan Assyria pada 1756 SM.

Sistem pentadbiran
·         Hammurabi mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang kukuh. Beliau melaksanakan dasar kekerasan dan kesederhanaan dalam menangani masalah dalam dan luar negara.
·         Beliau melantik gabenor (ensi) untuk mentadbir wilayah. Gabenor wilayah dikawal ketat dan segala tindakan mereka akan dilaporkan kepada kerajaan pusat.
·         Beliau menubuhkan Assembly of Elders diperingkat wilayah untuk memungut cukai dan mengadili kes kecil.

Ketenteraan
·         Hammurabi mempunyai struktur organisasi ketenteraan yang sistematik. Rekod pendaftaran askar yang lengkap disimpan dalam buku pendaftaran negara.
·         Raja memberikan pengecualian kepada individu daripada menyertai kerahan tentera atau dasar perikemanusiaan. Anggota tentera yang melepaskan diri dari perkhidmatan tentera tanpa melantik pengganti akan dikenakan tindakan tegas. Mengikut kod Hammurabi, anggota tentera diberikan hak keistimewaan seperti dikurniakan tanah yang tidak boleh dipindah milik dan binatang ternakan.
·         Terdapat juga undang-undang yang menghalang pegawai atasan daripada mengeksploitasi anggota tentera. Taktik peperangan diperbaharui dengan penggunaan kereta kuda.

Perkembangan ekonomi
·         Perkembangan pesat berlaku dalam ekonomi pertanian, perdagangan, perindustrian dan perbankan. Kegiatan pertanian merupakan utama masyarakat Babylon. Peraturan aktiviti pertanian terdapat dalam kod undang-undang Hammurabi.
·          Kegiatan perdagangan berkembang. Pedagang mengimport pelbagai barangan mewah dan bahan mentah untuk kegunaan istana dan rumah berhala. Kegiatan perdagangan, perindustrian dan perbankan dikawal oleh kerajaan.

Perundangan
·         Kod undang-undang Hammurabi mengandungi 282 fasal. Meliputi perkara seperti perdagangan, perkahwinan, kekeluargaan, pertanian, perwarisan harta dan kesalahan jenayah.
·         Undang-undang Hammurabi menetapkan hukuman berat kepada sesiapa yang cuba mengubah mana-mana bahagian dalam kod tersebut. Golongan hamba diberikan hak serta dilindungi oleh undang-undang Hammurabi. Undang-undang itu juga melindungi hak pengguna daripada ditipu oleh peniaga.
·          Undang-undang Hammurabi mewujudkan keamanan dalam empayar Babylon.

Perkembangan intelektual
·         Dalam bidang matematik, sistem angka telah diperkenalkan. Terdapat dua sistem menulis angka iaitu sistem perpuluhan dan sistem perenampuluhan. Dua teks matematik dihasilkan iaitu table text dan problem text.
·         Bidang perubatan juga mengalami perkembangan dan dikawal ketat oleh kerajaan. Doktor diberikan penghormatan yang tinggi. Doktor pakar dilantik untuk berkhidmat di istana. Kod undang-undang Hammurabi mengandungi sembilan fasal tentang pembedahan.

Kesimpulan
·         Empayar Babylon mencapai kemuncak kegemilangan semasa Hammurbi.
·         Empayar Babylon mengalami kemerosotan selepas kemangkatan Hammurabi.
·         Pemberontakan berlaku di wilayah jajahan yang ingin membebaskan diri daripada kerajaan pusat. Serangan orang Kassite telah menyebabkan empayar Babylon
mengalami keruntuhan.