Pages

Subscribe:

Monday 20 February 2012

NEGARA KOTA

1.Apakah yang dimaksudkan dengan konsep negara kota? Jelaskan ciri-ciri negara kota dalam tamadun Mesopotamia.

Pengenalan
·         Tamadun Mesopotamia diasaskan oleh orang Sumeria pada 3500 SM di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates.
·         Petempatan awal iaitu kampung berkembang menjadi bandar dan seterusnya muncul negara kota. Negara kota muncul sebagai satu unit politik dan agama, menguruskan dan mengawal kerja-kerja pembinaan dan penyelengaraan terusan.
·         Antara negara kota yang muncul di Sumeria ialah Kish, Nippur, Ur, Lagash, Uruk, Eridu, Assur, Sippar dan Mari.

 Isi-isi penting

Konsep Negara Kota
·         Negara kota merupakan tahap awal pembentukan negara. Setiap negara kota terletak di kawasan tertentu dan mempunyai sistem pentadbiran dan undangundang.
·         Setiap negara kota juga merupakan kerajaan yang berdaulat dan mempunyai unit politik yang tersendiri.
·         Negara kota sering berperang untuk meluaskan wilayah. Penduduk mempunyai kesedaran tentang perjuangan kepentingan bersama dan semangat patriotisme terhadap negara kota masing-masing.

Ciri-ciri fizikal Negara Kota Sumeria
·         Kawasan utama dalam negara kota ialah pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
·         Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, kedai dan pasar. Di luar kota pula terdapat rumah pertanian dan penternakan.
·         Pelabuhan memainkan peranan penting sebagai pusat perdagangan yang mempunyai kemudahan seperti tempat penginapan, setor dan tempat berjual beli.
·         Negara kota juga mempunyai kubu pertahanan dan pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota.
·         Negara kota juga mempunyai jalan yang lebar dan lurus serta mempunyai ukuran yang standard.
·         Tembok-tembok didirikan untuk mempertahankan negara kota daripada serangan musuh.

Ciri-ciri politik Negara Kota

Raja
·         Setiap negara kota ditadbir oleh raja yang berkuasa mutlak. Raja dianggap wakil rakyat yang dipilih oleh tuhan untuk menjalankan pentadbiran.
·         Raja memainkan peranan sebagai panglima tentera, ketua hakim dan ketua pendeta.
·         Dalam bidang keagamaan, raja memainkan peranan dalam pembinaan dan pengurusan rumah berhala, perlantikan pendeta dan menjalankan perayaan keagamaan.
·         Dalam bidang ketenteraan, raja berperanan merangka kempen ketenteraan da mengetuai pasukan tentera dalam medan peperangan.
·         Sebagai ketua hakim, raja harus memastikan semua lapisan masyarakat mendapat keadilan dan layanan yang sewajarnya.

Dewa Negara Kota
·         Negara kota terletak dibawah naungan dewa negara kota yang dikenali city gods
·         Negara kota Lagash dinaungi oleh Dewa Ningirsu manakala negara kota Ur dinaungi Dewa Nanna.

Ketua Pendeta
·         Dibantu oleh pesuruhjaya

Pesuruhjaya
·         Dikenali sebagai agrig, dibantu oleh ketua penyelia yang mengawasi pegawaibawahan

Ketua Penyelia
·         Mengawasi pegawai bawahan yang terdiri daripada jurutulis, penyelia dan sebagainya.

Penyelia dan jurutulis
·         Mengawasi golongan pekerja dan buruh yang bertugas di bawah mereka

Buruh dan pekerja
·         Dibahagikan kepada badan-badan awam yang mempunyai organisasi masingmasing
.
Ciri-ciri sosial Negara Kota
·         Golongan atasan. Terdiri daripada raja dan golongan bangsawan. Raja mempunyai kuasa tertinggi dan menduduki tangga teratas dalam struktur sosial masyarakat, berperanan sebagai wakil dewa negara kota yang mentadbir negara dengan adil dan saksama Golongan bangsawan terdiri daripada panglima tentera, ketua pendeta, pembawa alat kebesaran diraja, penguasa istana dan gabenor provinsi.
·         Golongan menengah. Terdiri daripada golongan profesional seperti pengusaha bank, pedagang, doktor, juru tulis dan golongan artisan. Memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi, mempunyai kesatuan sekerja bagi menjaga kebajikan mereka.
·         Golongan bawahan. Terdiri daripada rakyat biasa dan hamba, dikenali sebagai Hupshi. Paling rendah kedudukan dalam organisasi sosial ialah hamba yang terdiri daripada tawanan perang dan berhutang.

Ciri-ciri Ekonomi Negara Kota
·         Pertanian. Merupakan kegiatan utama. Tanah pertanian dimiliki oleh raja, golongan bangsawan dan pegawai tentera. Ladang besar dimiliki oleh rumahrumah berhala dan diusahakan oleh kakitangan rumah berhala. Tanah pertanian dibahagi kepada tiga kategori. Iaitu tanah milik tuan rumah yang diusahakan oleh penduduk negara kota. Tanah makanan iaitu hasil tanah diagihkan kepada kakitangan rumah berhala. Tanah sewa iaitu hasil sewa digunakan oleh kakitangan rumah berhala atau diagihkan kepada rakyat.
·         Perdagangan. Kegiatan perdagangan bulu dan kulit binatang merupakan sumber ekonomi penting. Terdaapt hubungan perdagangan antara negara kota dengan negara lain.
·         Perindustrian. Industri tekstil dikendalikan oleh rumah-rumah berhala dan istana.

Kesimpulan
·         Kemunculan negara kota melambangkan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Mesopotamia dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
·         Negara kota melahirkan sistem pentadbiran, perundangan, pemerintahan serta pertahanan yang menjamin keamanan dan keselesaan penduduk. Perkembangan ini menyebabkan lahir kehidupan yang sistematik dan terancang serta meletakkan asas kepada peningkatan tamadun.



2.Bincangkan pentadbiran Negara kota Athens

Pendahuluan
·         Athens adalah sebuah negara kota bercorak agraria dan mengutamakan pertanianVyang telah diperintah oleh raja 1200 SM hingga 800 SM.

Isi-isi penting

·         Pemerintahan di Athens mengamalkan kepercayaan orang Yunani yang menganggap bahawa masyarakat mampu menjalankan pemerintahan sendiri. Seseorang itu diberikan peluang untuk mengembangkan kebolehan serta diberikan hak untuk bergiat cergas dalam politik dan pentadbiran negara. Kerajaan membina gimnasium dan teater untuk perkembangan rakyat dari segi fizikal dan mental. Rakyat bertanggungjawab memberikan khidmat kepada negara.
·         Warganegara terdiri daripada anak lelaki yang dilahirkan di Athens dan berumur 18 tahun. Ia haruslah berharta dan anak warganegara. Hamba dan wanita dilarang menjadi warganegara.
·          Pentadbiran di Athens terbahagi kepada Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret dan Juri.

Dewan Perhimpunan
·         Dianggotai oleh warganegara lelaki Athens. Pada awalnya, ahli dewan ini terdiri dari golongan aristrokrat yang memerintah dan mengutamakan diri sendiri dengan meluluskan undang-undang yang menzalimi orang miskin. Draco, salah seorang Archon telah menegaskan bahawa undang-undang perlu dihormati oleh semua lapisan masyarakat, termasuklah golongan aristrokrat.
·         Solon merupakan seorang aristrokrat di Athens yang mendapat sokongan rakyat dan membuat pembaharuan dalam Dewan Perhimpunan. Di antaranya memberikan kuasa kepada dewan perhimpunan membuat keputusan terhadap sesuatu undangundang dengan cara pengundian serta melantik pegawai kerajaan. Di samping itu beliau telah meperkanalkan 9 jawatan Archon.
·         Cleisthenes telah mengasaskan prinsip demokrasi dalam pemerintahan Athens dengan membenarkan keahlian dewan perhimpunan dibuka kepada semua warganegara lelaki tanpa mengira harta yang dimilikinya. Dewan Perhimpunan bersidang seminggu sekali dan dihadiri beratus-ratus warganegara. Perhimpunan dimulakan dengan doa. Selepas itu sesiapa sahaja yang ingin memberikan pendapat atau aduan diberikan peluang untuk tampil di atas pentas. Kemudian di bincangkan oleh ahli dewan dan pengundian diadakan.
·         Dewan perhimpunan ada kuasa terhadap pentadbiran dan badan kehakiman. Dewan ini berkuasa melantik Ketua Majistret, menggubal undang-undang dan dasar-dasar kerajaan.

Majlis
·         Majlis terdiri daripada 500 orang berumur 30 tahun keatas. Dipilih dalam undian dewan perhimpunan. Berkhidmat selama 1 tahun. Berkhidmat dalam majlis 2 kali seumur hidupnya.
·         Majlis bertanggungjawab melaksanakan program kerajaan dalam semua bidang kecuali yang berkaitan dengan ketenteraan dan hal ehwal luar negara. Kedua-dua bidang ini diuruskan oleh badan khas yang dikenal sebagai strategi yang terdiri daripada 10 orang general yang dilantik oleh dewan perhimpunan.
·         Majlis juga menguruskan institusi Majistret. Majlis dibahagikan kepada 10 kumpulan yang mempunyai 50 ahli dalam setiap kumpulan yang digelar Prytany. Salah satu daripada 50 orang ini dipilih sebagai presiden bagi setiap hari.

Majistret dan Juri
·         Majistret berperanan mentadbir negara.
·         Semua pegawai pekhidmatan kerajaan menjadi ahli majistret.
·         Seorang ketua majistret dipilih dari kalangan Patrician (golongan bangsawan) untuk mengawasi pentadbiran awam.
·         Ketua majistret dibantu oleh badan-badan ketenteraan dan perundangan.
·         Jawatan kerajaan diberikan kepada warganegara dan pemilihan dilakukan melalui
undi undi oleh warganegara. Penduduk Athens menganggap berkhidmat untuk kerajaan sebagai satu penghormatan dan tanggungjawab suci. Peluang untuk negara ingin diberikan kepada seluruh warganegara. Oleh kerana golongan miskin tidak dapat meninggalkan pekerjaan mereka untuk berkhidmat dalam kerajaan maka setiap pegawai kerajaan dibayar gaji.
·         Hak rakyat di Athens dilindungi oleh mahkamah awam yang diasaskan oleh Solon. Kehakiman di Athens bercorak sistem juri. Juri bertindak sebagai pengadil dalam menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau sebaliknya. Juri juga bertanggungjawab menentukan kesalahan seseorang pegawai kerajaan.
·         Juri terdiri daripada warganegara berumur 30 tahun ke atas dan dipilih oleh undi sejumlah besar ahli dewan perhimpunan. Bilangan juri berbeza mengikut besarnya kesalahan yang dibicarakan. Warganegara menganggap khidmat sebagai juri adalah tugas yang penting kerana kes-kes yang diadili melibatkan perbicaraan politik serta majistret.
·         Juri bertanggungjawab mendengar dengan teliti kes yang dibicarakan sebelum memberikan keputusan yang adil. Perbicaraan disampaikan sendiri oleh pesalah dengan bijaksana dan juri pula memberikan keputusan yang dibuat berdasarkan undi terbanyak. Sekiranya situ didapati bersalah, dia diminta menyatakan hukuman yang setimpal untuknya. Selepas itu barulah juri akan menjatuhkan hukuman yang paling adil baginya.

Kesimpulan
·         Sistem demokrasi adalah warisan negara kota Athens. Demokrasi berasal daripada dua patah perkataan Yunani iaitu Demo dan Kratia. Demo bermaksud rakyat dan kretia bermaksud pemerintah. Demokrasi bermaksud pemerintahan oleh rakyat.




3.Apakah yang dimaksudkan dengan negara kota ? Bandingkan sistem pemerintahan negara kota Athens dengan negara kota Madinah.

Pengenalan
·         Negara kota mewujudkan negara, empayar dan tamadun awal manusia. Negara kota tamadun Eropah yang terkenal seperti Athens, Sparta dan Rom. Manakala negara kota tamadun Arab adalah seperti Makkah, Madinah dan Taif.
·         Athens wujud kira-kira 2000SM yang terletak di Lembah Danube yang subur di Yunani. Peringkat awal Greek didiami oleh orang asli keturunan Alpine dan Nordic sebelum munculnya negara kota Yunani.
·         Madinah pula nama sebenarnya ialah Yathrib yang terletak kira-kaira 400 km dari Makkah dan 70 km dari Laut Merah. Madinah terletak ditengah-tengah Arab dan merupakan jalan perdagangan dari utara dan selatan Tanah Arab. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa penduduk asal Madinah ialah kaum Auz, Khazraj dan kaum pendatang Yahudi.

Isi-isi penting

Konsep negara kota
·         Negara kota berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin dan Greek yang bermaksud kota atau bandar.
·         Ada juga yang mengatakan perkataan polis dan acropolis dalam bahasa Greek yang bererti sebidang tanah, sekumpulan bangunan dan perlembagaan.
·          Tokoh sejarawan mengatakan bahawa negara kota merujuk pembentukan sebuah kota yang dikelilingi oleh kubu-kubu pertahanan, tugu peringatan, kuil, istana, pusat kegiatan masyarakat dan sebagainya.
·          Pendapat lain pula menyatakan bahawa negara kota ialah sebuah petempatan yang wujud yang entitinya sendiri, disucikan oleh dewa atau tuhan tertentu dan hanya mempunyai keluarga atau suku kaum sebagai warganegara.

Proses pembentukan negara kota
·         Aristotle menyatakan bahawa negara kota terbentuk melalui satu evolusi yang tertentu, perkembangan petempatan oleh sesuatu kaum, kemudiannya berkembang menjadi kampung dan seterusnya bandar dan akhirnya menjadi sebuah negara kota.
·         Ciri-ciri negara kota bagi Aristotle ialah setiap negara kota itu adalah bebas daripada kuasa yang lain tetapi sering bersaing dengan negara kota lain. Keadaan ini membawa kepada peperangan Athens dengan Sparta dalam tamadun Yunani.
·         Plato pula menyatakan bahawa negara kota dapat dilihat melalui bilangan penduduk dan keluasan wilayah. Menurutnya lagi, bilangan penduduk adalah terhad iaitu 5040 orang sahaja. Plato menekankan kualiti bukan kuantiti. Oleh itu beliau tidak mengambil kira kanak-kanak, wanita dan hamba.
·         Contoh purata penduduk Yunani hanya sekitar 2000 hingga 4000 orang sahaja.
·          Keluasan wilayah pula sempit berdasarkan sempadan politik yang dipersetujui bersama antara negara kota dengan jirannya.
·         Oleh itu, pembentukan sempadan adalah penting bertujuan untuk membezakan wilayah yang dikuasai dan menimbulkan semangat patriotik kepada negara kota masing-masing.


Sistem pemerintahan Athens
·         Athens mengamalkan sistem demokrasi.
·          Ia mempunyai tiga badan pentadbiran iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis Eksekutif dan Badan Kehakiman.
·          Dewan Perhimpunan – dianggotai oleh lelaki yang berumur 21 tahun ke atas. Dewan akan bersidang tiga kali sebulan dan dihadiri oleh 40,000 orang ahli pada satu-satu persidangan. Dewan ini berkuasa melantik ahli majlis, menjadi juri, menggubal dan membahaskan undang-undang, membahaskan cadangan, menerima duta asing dan membincangkan dasar kewangan, cukai dan sebagainya.
·         Majlis Eksekutif – pada zaman pertengahan majlis ini menjadi penting. Ahli majlis seramai 500 orang yang terdiri daripada golongan bangsawan dan menjadi ketua atau wakil suku kaum di Athens. Majlis ini dikuasai golongan bangsawan sehingga Archon dan pemerintahan bercorak tirani atau mutlak. Negara kota Athens juga memperkenalkan sistem 10 orang Jeneral.
·         Badan Kehakiman – terdiri daripada majistret dan juri. Majistret terdiri daripada pegawai awam dan berperanan melaksanakan dasar yang diputuskan oleh majlis. Juri pula terdiri daripada semua ahli dewan perhimpunan dan jumlah dilantik bergantung kepada kesalahan besar atau kecil. Juri terdiri daripada 101 hingga 1001 orang dan berperanan penting untuk memberikan keadilan dalam perbicaraan mahkamah.
·         Sistem pemerintahan – Pemerintah terdiri daripada Archon (bangsawan) yang dilantik oleh majlis. Mereka sering berebut kuasa dan kesannya timbul pemerintahan yang berkuasa mutlak (tirani). Undang-undang mahkamah berjuri diamalkan iaitu keputusan bergantung pada mahkamah dan hakim, tetapi diputuskan oleh juri yang dilantik.

Sistem pemerintahan Madinah
·         Madinah mengamalkan sistem demokrasi Islam melalui konsep syura dan musyawarah.
·          Badan pemerintah tertinggi ialah Majlis Syura tetapi ditubuhkan secara rasmi pada zaman Rasulullah.
·         Ahli syura terdiri daripada semua umat Islam dan sahabat Rasulullah tanpa mengira pangkat, darjat, warna kulit, bekas hamba dan sebagainya.
·         Tidak ada tempoh persidangan dan mereka bersidang mengikut kepentingan negara dan situasi politik semasa.
·         Persidangan berlangsung secara terbuka di masjid, rumah Rasulullah atau rumah para sahabat.
·         Semua rakyat bebas mengemukakan idea untuk kemajuan negara kecuali dalam bidang agama Islam sahaja.
·         Pada zaman khalifah Umar al-Khattab, majlis syura dikemaskini dengan membahagikan kepada dua kategori Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Pemerintah tertinggi ialah Rasulullah yang memegang kuasa dalam pentadbiran, kehakiman, ketua angkatan tentera dan tidak mengamalkan pemerintahan mutlak.
·         Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, pemerintahan dipegang oleh khalifah atau pengganti Rasulullah.
·         Sistem perundangan dikuatkuasakan melalui penggubalan Perlembagaan Madinah pada 1 dan 2 H.
·         Perlembagaan ini mengandungi 47 fasal yang menyentuh semua perkara.
·         Kebanyakan hukuman adalah seperti yang terdapat dalam al-Quran, iaitu hudud, qisas dan takzir.
Kesimpulan
·         Proses pembentukan negara kota antara Athens dan Madinah terdapat beberapa persamaan.
·         Dari segi pemerintahan amat berlainan kerana Athens bersifat Republik dengan wujudnya Dewan Perhimpunan, Dewan Senat serta konsul yang dilantik di kalangan orang tertentu.
·         Madinah pula diketuai oleh Rasulullah dan wujudnya majlis syura dan dianggotai oleh siapa sahaja



4.Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan perkembangan negara kota Arab iaitu Makkah dan Madinah.

Pengenalan
·         Bentuk negara yang terawal dikenali sebagai negara kota. Antara negara kota yang terawal ialah di Mesopotamia iaitu Uruk, Ur, Kish, Lagash dan lain lagi. Selain itu negara kota yang muncul di negara lain ialah Rom, Makkah dan Madinah.

Isi-isi penting

Makkah
·         Negara kota Makkah dipercayaai telah di diami sejak 2400 tahun dahulu. Sejarahbawal bermula dengan peristiwa Nabi Ismail menghentak kakinya di atas padang pasir akibat kelaparan dan tiba-tiba air terpancut dari tempat hentakan kakinya. Tempat itu kemudiannya didatangi oleh ramai orang dan menjadi petempatan. Kelompok masyarakat terawal ialah Nabi Ismail serta ayahnya Nabi Ibrahim dan puak Jurhum.
·         Nabi Ibrahim telah diperintah untuk membina Kaabah oleh Allah s.a.w. Selama 3 kurun berikutnya, Makkah telah diperintah oleh Bani Khuzaah. Pada awal kurun ke 5 M pula, kaum Quraisy dibawah pimpinan Qusay bin Kilab mula mendiami Kota Makkah.
·         Makkah merupakan pusat perdagangan, terutama pada bulan-bulan Zulhijjah, Zulkaedah, Rejab dan Muharram yang merupakan bulan-bulan yang dilarang berperang .Makkah pada masa ini menjadi tumpuan masyarakat Arab untuk melakukan kegiatan ibadat.
·          Kota Makkah juga menjadi pusat kebudayaan seperti berpuisi, bersyair dan sebagainya.
·          Selepas kewafatan Nabi Ibrahim, agama Hanif telah digantikan dengan penyembahan berhala. Masyarakat Makkah menyembah lebih 360 patung berhala yang wujud disekeliling Kaabah. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis berhala diperdagangkan disekitar Kaabah.
·          Kewujudan Makkah diperkukuhkan dengan kewujudan telaga Zam-zam. Ia menjadi punca air utama. Kota Makkah mula dikunjungi oleh masyarakat dari seluruh pelusuk  Tanah Arab.
·         Kota Makkah juga mempunyai sistem pentadbiran yang mantap dan teratur.
·         Pentadbiran kerajaan dilakukan melalui penubuhan jabatan yang mempunyai fungsi tertentu.

Madinah
·         Nama asalnya ialah Yathrib, selepas Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Yathrib dan namanya ditukar menjadi Madinah. Penduduk asal Madinah ialah kaum Aus dan Khazraj. Kaum Yahudi juga mendiami kota Madinah.
·         Kaum Yahudi menguasai ekonomi Madinah. Penerimaan kaum Aus dan Khazraj terhadap Islam telah membawa peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah.
·          Madinah merupakan negara Islam pertama yang diketuai oleh Nabi Muhammad sebagai pemimpin serta Nabi.
·         Pentadbiran Nabi Muhammad di Madinah mengutamakan 4 prinsip utama iaitu Islam menjadi landasan utama dalam pemerintahan; Syura menjadi kaedah pentadbiran; semangat aqidah dijadikan teras dan semangat assabiyya dihapuskan. Perlembagaan Madinah digubal untuk menjadikan struktur pentadbiran lebih sistematik.
·         Piagam Madinah digubal pada 2 hijrah bersama-sama antara Muhajirin, Ansar dan orang Yahudi.
·         Piagam ini mengandungi 47 fasal. 23 fasal menyentuh tentang orang Islam dan 24 fasal pula menyentuh tentang orang Yahudi.
·         Setiap masyarakat bertanggungjawab terhadap Madinah dan harus menjalinkan perpaduan dan kerjasama demi kepentingan negara. Rakyat Madinah mempunyai kebebasan beragama dan beribadat. Masyarakat juga mesti menghormati Nabi Muhammad sebagai pemimpin negara dan ketua hakim.
·         Nabi Muhammad juga membina masjid yang berperanan sebagai pusat ibadat, pusat ilmu pengetahuan, pusat perjumpaan orang-orang Islam membincangkan hal-hal berkaitan dan juga pusat memupuk persaudaraan.
·         Nabi Muhammad bertindak sebagai ketua negara dan ketua hakim. Selain itu baginda dibantu oleh Setiausaha, Pemegang Amanah, Wali, Khadi, Penterjemah dan Pekerja.
·          Kakitangan terbahagi dua iaitu di peringkat pusat dan wilayah. Peringkat pusat terdiri daripada Pembantu Rasulullah, Penasihat, Setiausaha, wakil Rasulullah serta pegawai am. Pegawai peringkat wilayah terdiri daripada Gabenor, pentadbirtempatan, hakim dan pentadbir pasar.
·         Institusi pencukaian pula ialah Pentaksir Cukai, Pemungut cukai dan Setiausaha Pencukaian.
·         Selain itu Nabi Muhammad juga memantapkan keselamatan kota Madinah dengan menubuhkan pasukan tentera.
·         Nabi menekankan pembentukan ummah. Penerapan nilai-nilai yang baik seperti gotong-royong, bekerjasama di kalangan masyarakat Madinah.
·         Selepas Nabi wafat pemerintahan baginda diambil alih oleh Khulafah al-Rasyidin. Namun begitu sistem pemerintahan di zaman itu tidak jauh berbeza dengan zaman Rasulullah. Pembaharuan yang dilakukan adalah selaras dengan faktor keluasan empayar Islam dan pembukaan negara-negara baru.
·          Struktur pentadbiran semasa zaman Khalifah diketuai oleh Khalifah sendiri sebagai ketua pentadbir. Ia diikuti oleh empat peringkat di bawahnya. Peringkat tertinggi meliputi Majlis Syura, Kadhi, Wali, Baitulmal dan pengawasan. Peringkat kedua iaitu pegawai daerah, dewan kharaj, dewan tentera dan polis. Peringkat ke tiga meliputi badan pengaduan dan penyiasatan. Peringkat ke empat meliputi gedung gandum, dewan sumbangan dan pegawai kharaj diperingkat wilayah.

Kesimpulan
·         Kepesatan ekonomi merupakan satu lagi faktor penting yang menjadi tonggak kepada kekuatan sesebuah negara kota. Aspek pertahanan adalah aspek penting dalam negara kota kerana wujud peperangan dan penaklukan di antara negara kota.