Pages

Subscribe:

Monday 20 February 2012

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Bincangkan ciri – ciri agama dan kepercayaan masyarakat China dan Indus.

Pendahuluan
Menurut Nora Fauziah Yaakub agama merujuk kepada segala kepercayaan kepada tuhan, dewa dan roh nenek moyang, agama juga ditakrifkan sebagai satu sistem kepercayaan dan amalan satu kelompok manusia mempunyai tafsiran dan gerak – balas
yang tersendiri terhadap apa yang dianggap suci atau kudus.

Isi-isi Penting:

a. Ciri – ciri kepercayaan dan agama masyarakat China.

Pelbagai jenis kepercayaan.
·         masyarakat China mengamalkan banyak kepercayaan termasuk anamisme , politeisme dan percaya kepada roh nenek – moyang.
·         Mengamalkan pemujaan kepada roh nenek – moyang kerana roh tersebut dikatakan dapat memberi kemakmuran dan kesejahteraan
·         Masyarakat Shang menyembah roh nenek – moyang kerana dikatakan mempunyai pengaruh dalam kehidupan mereka.

Percaya kepada tuhan Shang – Ti ..
·         Shang Ti adalah tuhan utama bagi masyarakat Lembah Hwang – Ho iaitu tuhan yang memerintah syurga dan tuhan bumi di samping menyembah tuhan sungai , bukit dan gunung.

Percaya kepada mandat dari syurga.
·         masyarakat Hwang Ho percaya bahawa pemerintah China telah mendapat mandat dari syurga kerana raja atau maharaja mereka adalah anak kelahiran dari syurga yang mempunyai kuasa suci dan kesaktian.
·         sesebuah kerajaan yang runtuh itu dikaitkan dengan mandat dari syurga telah ditarik kerana kezaliman dan kesombongan raja terhadap rakyat.

Percaya dewa tinggal di syurga .
·         kepercayaan bahawa semua dewa tinggal di syurga dan mempunyai kuasa bagi membantu manusia di dunia, semua dewa mesti disembah.
·         upacara menyembah dewa melibatkan permainan muzik , tarian dan upacara korban binatang atau manusia dengan harapan mendapat bantuan dewa.
·          upacara bercorak penyembahan ini diketuai oleh golongan pawang / pendeta.

Kemasukan agama Buddha , ajaran Confuciusme dan Taoisme.
·         agama Buddha wujud di China pada zaman dinasti Han yang dibawa masuk oleh pedagang India.
·         fahaman Confuciusisme dan Taoisme pula semasa dinasti Tang dan dinasti Chou yang berasaskan kepada pemikiran falsafah masyarakat China.

b. Ciri – ciri kepercayaan dan agama masyarakat Indus.

Percaya kepada banyak tuhan atau polytheistic.
·         masyarakat asal ( masyarakat Dravidia ) di Lembah Indus percaya kepada banyak dewa mengikut kedudukan dan fenomena alam seperti langit, bumi, air dan api, binatang dan tumbuhan.
·         Dewa popular ialah dewa Ibu iaitu simbol patung seorang wanita yang melambangkan kesuburan.
·         Tuhan Ibu dianggap sebagai ibu kepada segala makhluk kerana sifat kasih – sayang seorang ibu yang suci.

Percaya kepada dewa Siva.
·         masyarakat Indus juga percaya kepada dewa Siva , buktinya terdapat gambar dalam mohor proto – siva iaitu patung yang duduk bersila dengan gaya sedang membuat yoga . Patung ini mempunyai 3 tanduk dikepalanya bagi melambangkan 3 dewa iaitu Dewa Brahma, Dewa Vishnu dan Dewa Siva. Tiga tanduk melambangkan
tuhan mempunyai 3 fungsi iaitu penciptaan, pemeliharaan dan pemusnah.

 Percaya kepada kehidupan semula selepas mati.
·         masyarakat Indus percaya kepada konsep kehidupan selepas mati , manusia akan dibangkitkan semula mengikut amalan semasa di dunia seterusnya akan bersatu mengikut roh – roh lain.
·         kejahatan semasa di dunia akan dijelmakan rohnya kemudian dengan binatang buruk .

Percaya kepada dosa boleh disucikan.
·         upacara ritual menyucikan dosa dilakukan dengan upacara tarian ritual oleh wanita sebagai cara menghapuskan dosa .
·         masyarakat juga membakar mayat dan membuang abu ke sungai sebagai cara penyucian dosa. selain daripada itu terdapat upacara mandian ritual yang di awasi oleh sami, buktinya terdapat kolam mandi di kuil.

Wujud kepercayaan orang Aryan
·         masyarakat Lembah Indus terikut dengan keparcayaan orang Aryan yang menyembah dewa Matahari , Dewa Langit , Dewa Angin dan Dewa Indra .
·         masyarakat Indus akhirnya menganuti agama Hindu hasil pertembungan masyarakat Indus dengan masyarakat Aryan .

Kesimpulan
·         Ternyata masyarakat Indus mempunyai sistem kepercayaan dan agama yang unik , banyak unsur kepercayaan masyarakat Indus diwarisi oleh masyarakat Hindu umpamanya penyembahan Dewi Ibu yang amat popular dikalangan orang dravidia , begitu juga dengan amalan menyembah pokok dan dewa yang meluas diamalkan .