Pages

Subscribe:

Monday 20 February 2012

PERBANDARAN

1.Huraikan ciri-ciri perbandaran tamadun Mesopotamia pada zaman klasik

1. Pengenalan
·         Menurut Detwyeler dan Marcus dalam buku Perbandaran dan Persekitaran: Geografi Fizikal Bandar, bandar adalah satu unit politik, petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau satu kelompok rumah tempat kediaman.
·         Perbandaran merujuk kepada proses penduduk tinggal dan bekerja dikawasan yang kecil dan menjalankan kerja seperti perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan.
·         Kemunculan bandar Mesopotamia dikesan pada pertengahan abad ke 4SM. Menjelang zaman dinasti awal ada 13 buah bandar di Mesopotamia.

2. Isi-isi Penting
A Bahagian dalam bandar
·         Pusat bandar adalah bahagian paling tua dalam bandar. Terdapat istana, rumah berhala, tempat tinggal pengawai istana dan petempatan awam, ada pintu gerbang yang berfungsi sebagai tapak perhimpunan.
·         Kawasan luar bandar meliputi kawasan pertanian dan penternakan. Tembok dibina untuk melindunginya. Kubu pula dibina untuk pertahanan.
·          Pelabuhan berfungsi sebagai pusat perdagangan. Sistem pentadbiran dan perundangan di pelabuhan adalah berasingan. Ada kemudahan seperti tempat penginapan dan setor menyimpan barang bagi pedagang.

B Keluasan bandar
·         Keluasan adalah berbeza. Keluasan bandar Lagash ialah 1800 ekar persegi, Babylon 2500 ekar persegi, Uruk 1100 ekar persegi.

C Pembinaan kubu pertahanan
·         Tradisi membina kubu pertahanan bermula sejak 3000SM. Bandar lama mempunyai kubu dibahagian tengah. Bandar baru seperti Nineveh dan Calah mempunyai kubu di luar bandar.

D Tembok pertahanan
·         Tembok pertama dibina di sekeliling istana, rumah berhala dan tempat kediaman pegawai istana. Tembok kedua dibina di kawasan pinggir bandar. Tembok terdiri daripada pelbagai bentuk seperti segi empat sama, segi empat tepat, bulat dan bujur.
·         Fungsi tembok pertahanan ialah mempertahankan bandar dari ancaman musuh, sempadan yang memisahkan bandar dan luar bandar, serta memisahkan rumah berhala dan istana.
E Pintu gerbang
·         Bandar Babylon ada 8 pintu gerbang yang dikenali sebagai Pintu Isthar.
·         Fungsi pintu gerbang ialah sebagai laluan keluar masuk bandar, lambang kekayaan bandar, mengawasi orang keluar masuk, pusat sivik dan daya tarikan pelancong kerana ada ukiran dan hiasan pada pintu gerbang.

F Pasar
·         Senarai harga barang yang dijual dipamerkan di pasar. Ada juga kedai menjual barang mewah.

G Jalan raya
·         Raja Mesopotamia mengutamakan jalan raya. Ukurannya lebar yang standard dan bersilang pada sudut tepat, menghubungkan pintu gerbang utama dengan tempat lain. Bandar juga mempunyai jalan perarakan yang dikenali sebagai jalan suci dan digunakan semasa perayaan tahun baru.

3. Kesimpulan
·         Pembinaan bandar terancang merupakan ciri yang menunjukkan kemajuan Mesopotamia sebagai pusat pentadbiran, politik, ketenteraan, keagamaan dan perdagangan.



2.Dengan merujuk kepada Mohenjo-Daro dan Harappa, bincangkan ciri-ciri perbandaran dalam tamadun Indus.

Pengenalan
·         Kajian menunjukkan masyarakat di Lembah Sungai Indus memiliki pengetahuan yang tinggi dalam perancangan bandar.
·         Bandar-bandar seperti Mohenjo-Daro dan Harappa merupakan bandar terancang yang tertua di dunia.
·         Bandar ini dilengkapi dengan sistem perparitan, pembentungan, jaringan jalan
raya, kemudahan awam serta rumah kediaman.

Isi-isi Penting

A Pelan bandar
·         Bandar-bandar dibina secara terancang mengikut pelan yang sama.
·         Bandar terbahagi kepada dua bahagian iaitu kubu dan pusat bandar.
·         Kubu di dirikan di bahagian barat untuk mengelak serangan musuh dan banjir.
·         Kubu dikelilingi tembok dan dilengkapi dengan menara berbentuk empat segi dan benteng.
·         Bahagian pusat bandar meliputi kawasan seluas 2.5 km persegi.
·         Bandar dilengkapi dengan kolam mandi besar, jelapang, kubu dan dewan perhimpunan.
·         Bangunan dibina dalam blok empat segi di sepanjang jalan dan lorong.

B Sistem pembentungan
·         Terdapat sistem bekalan air dan pembentungan bagi rumah dan tempat mandian awam.
·         Air dari rumah di alirkan ke longkang besar melalui longkang kecil.
·         Longkang tertutup dibina di sepanjang jalan utama.
·         Longkang dilengkapi dengan lubang pemeriksaan untuk memudahkan kerja pembersihan jika lubang tersumbat.
·         Pembinaan longkang dan sistem pembuangan air menandakan aspek kebersihan masyarakat Indus.

C Sistem jalan raya
·         Jalan dibina secara lurus berukuran 14m lebar.
·         Jalan dari utara ke selatan disilang oleh jalan lain pada sudut tepat dan membentuk blok yang berukuran 365 X 182m.
·         Adanya kemudahan awam .
·         Di dalam kubu ada banyak bangunan awam didirikan atas podium yang dibina daripada tanah liat.
·         Antara bangunan yang di dirikan ialah dewan perhimpunan, gudang bijirin, kolam mandi besar, pejabat pendeta, bilik mandi awam dan tandas awam.
·         Kemudahan disediakan untuk kegunaan buruh dan hamba.
·          Gudang besar dibina untuk menyimpan bijirin.
·         Gudang merupakan bangunan kayu yang dibina atas podium batu.
·         Terdapat 27 blok gudang yang dilengkapi saluran perudaraan.

D Kolam mandi
·         Kolam mandi besar atau ‘great bath’ menunjukkan kemajuan dalam teknologi pembinaan.
·         Kolam ini berukuran 12 X 7m dan 2.5m dalam.
·         Tangga didirikan dikedua belah kolam menggunakan batu dan disadur dengan bitumen.
·         Keunikan kolam ini ialah kolam boleh dikosongkan dan diisi.
·         Kolam mandi dilengkapi dengan bilik mandi persendirian bagi golongan pendeta.

E Penggunaan batu
·         Batu bakar digunakan dalam pembinaan
·         Batu bersaiz standard iaitu 280 X 180 X 70ml

F Seni bina rumah
·         Rumah didirikan dalam deretan yang selari menghala dari utara ke selatan dan dari timur ke barat dalam blok segi empat yang dipisahkan oleh jalan raya.
·         Rumah dibina mengikut pelan yang sama tetapi saiz berbeza.
·         Ada rumah satu tingkat dan dua tingkat dan mempunyai bumbung yang rata.
·         Bilangan bilik berbeza dari satu hingga dua belas bilik.
·         Rumah dilengkapi bilik tidur, serambi, sistem pemanas, bilik mandi dan perigi.
·         Rumah didirikan dalam satu deretan di sepanjang jalan utama.
·         Ruang udara yang dibina dapat menjamin peredaran udara.

Kesimpulan
·         Masyarakat Indus mempunyai kemahiran dalam perancangan bandar.  BandarMohenjo-Daro dan Harappa merupakan bandar terancang yang dilengkapi sistem perparitan, sistem pembentungan, jalan raya, tandas awam dan kolam mandi. Ini menunjukkan tamadun yang tinggi dicapai oleh masyarakat Indus


3.Huraikan ciri-ciri perbandaran dalam tamadun China pada Zaman klasik.

Pengenalan
·         Bandar merujuk kepada suatu unit politik, suatu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah tempat kediaman.
·          Perbandaran merujuk kepada proses di mana penduduk tinggal dan bekerja di kawasan yang kecil dan menjalankan kerja-kerja seperti perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan.
·         Dalam tamadun China kemunculan bandar bermula di zaman Shang, ekoran daripada kemajuan dalam bidang ekonomi. Proses perbandaran bermula di dataran lanar berhampiran Sungai Kuning. Bandar memainkan peranan sebagai pusat perdagangan dan keagamaan.

Isi-isi penting

Jenis Bandar
·         Terdiri daripada bandar terancang dan bandar tidak terancang yang dibina sebagai  pusat kediaman atau pentadbiran kerajaan baru. Bandar-bandar tidak terancang muncul secara semulajadi ekoran sumbangan pihak swasta.

Lokasi Bandar
·         Lokasi bandar dipilih berpandukan nasihat ahli nujum. Pandangan ahli nujum amat penting bagi mengelakkan ancaman mahluk asing.
·         Pemilihan tapak bandar iaitu perlindungan daripada ancaman musuh dan banjir, bekalan air yang mencukupi, kemudahan pengangkutan, ekonomi dan kemudahan membesarkan bandar.

Tembok pertahanan
·         Tembok di dirikan dikeliling bandar untuk menghadapi serangan musuh. Ia berbentuk segi empat tepat. Lazimnya terdapat dua buah tembok dan tanah yang terletak di antara kedua-dua tembok itu digunakan untuk bercucuk tanam.
·         Tembok mengelakkan binatang buas memasuki bandar dan membantu menyimpan khazanah negara seperti gangsa, emas, jed dan barang berharga.

Bekalan air dan pintu gerbang
·         Pintu gerbang di sekeliling tembok untuk memudahkan penghuni, pekerja danpengunjung keluar masuk. Terdapat menara kawalan di kedua-dua belah pintu masuk. Bekalan air diperoleh daripada sumber semula jadi atau pun buatan manusia.

Jalan
·         Bandar mempunyai tembok empat segi tepat dan jalan-jalan yang luas dan lurus. Jalan-jalan dari utara hingga selatan bersilang dengan jalan-jalan dari timur ke barat. bandar terbahagi kepada unit-unit kecil yang terdiri daripada kawasan kediaman.

Kawalan dan pengasingan
·         Pembinaan bandar berdasarkan pelan grid memudahkan para pemerintah mengawal penduduk pada zaman darurat. Pemerintah mengasingkan tempat-tempat tertentu untuk menempatkan berek tentera dan rumah ibadat.

Kesimpulan
·         Masyarakat Hwang Ho mempunyai kemampuan untuk membina bandarterancang. Antara bandar terancang didirikan di China ialah Anyang, Loyang danCheng Chow
·         Antara ciri-ciri terancang di Hwang Ho adalah bekalan air, pintu gerbang, jalan, menara kawalan dan tembok pertahanan. Kewujudan bandar-bandar terancang jelas melambangkan ketinggian tamadun yang dicapai oleh masyarakat China pada zaman klasik