Pages

Subscribe:

Monday 20 February 2012

ORGANISASI SOSIAL

Definisi Organisasi Sosial
·         Menurut Melvin Tumin organisasi sosial merujuk satu pembahagian anggota masyarakat kepada lapisan sosial yang berbeza dari segi kuasa , kekayaan, gaya hidup, pekerjaan dan sebagainya. Organisasi sosial juga merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa kekayaan ,gaya hidup, pekerjaan ,dan sebagainya.
·         Kewujudan organisasi sosial sememangnya dapat dikesan sejak Zaman Neolitik berikutan berlakunya perubahan cara hidup masyarakat yang mula melibatkan diri dalam kegiatan pertanian yang telah menimbulkan pelbagai kelas dalam masyarakat sama ada pemerintah dan paderi yang menggunakan autoriti dan kuasa agama untuk menguasai hasil ekonomi negara diikuti munculnya golongan tentera untuk melindungi kekayaan dan kepentingan negara serta kelas yang paling bawah biasanya petani dan hamba yang bertanggungjawab mengeluarkan hasil hasil ekonomi negara.
·         Organisasi sosial menyebabkan wujud pembahagian kuasa dan kerja bagi setiap golongan masyarakat dalam tamadun India dan China.

Organisasi Sosial di India:
1. Golongan Pendeta
·         Merupakan golongan yang berpengaruh di India walaupun kecil bilangannya
·         Disebabkan tidak adanya sistem pemerintahan beraja,maka tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran negara dipikul atau diamanahkan kepada golongan paderi yang dianggap golongan yang suci serta mempunyai hubungan yang paling rapat denhgan tuhan ataupun dewa.
·          Dari segi pentadbiran dan perundangan misalnya, golongan pendeta bertanggungjawab menggubal serta melaksanakan peraturan dan undang – undang yang pada amnya lebih bersifat keagamaan berdasarkan kitab-kitab suci mereka.
·         Golongan ini juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang ekonomi,kerana institusi agama(kuil) mempunyai tanah-tanah pertanian yang luas akan dikerjakan oleh golongan petani ataupun hamba.
·         Golongan ini juga bertanggungjawab mengagihkan hasil-hasil pertanian yang dikumpulkan dalam jelapang.
·         Dari segi sosial pula,tanggungjawab kebajikan yang dipikul oleh golongan ini ialah menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pembianan jalan raya.

2. Golongan Pedagang
·         Merupakan golongan kelas atasan bersama pendeta dalam masyarakat di lembah Indus. Golongan ini sebagaimana golongan pendeta hidup dalam keadaan mewah dan mempunyai pekerja-pekerja yang terdiri samada golongan buruh yang merdeka atau hamba.
·         Golongan ini dapat menjalani kehidupan yang mewah kerana urusan perdagangan yang dijalankan oleh mereka adalah bebas , iaitu tiada campur tangan golongan pendeta serta dikecualikan daripada membayar cukai.
·         Para pedagang ini juga mempunyaai cop-cop mohor yang mempunyai lambing bercorak keagamaan yang menandakan kekayaan yang dimiliki serta dipercayai menjadi azimat yang ada kuasa sakti

3. Golongan bawahan
·         Golongan bawahan terdiri daripada petani, buruh dan hamba.
·         Golongan petani biasanya tinggal di rumah-rumah kecil ataupun yang disediakan oleh golongan pedagang, biasanya rumah tersebut hanya mempunyai 2 buah bilik.
·         Segala kerja pertanian yang dijalankan oleh golongan petani akan diawasi oleh para pendeta.
·         Sementara golongan buruh pula biasanya akan menjalani tugas-tugas seperti menghantar bijirin,membina tembok,dan menenun kain.
·         Manakala kerja-kerja yang lebih keras seperti mengumpul,menyimpan bijirin yang dihasilkan oleh petani dijalankan oleh hamba.

4. Kedudukan Organisasi Sosial selepas kedatangan orang-orang Aryan
·         Kedatangan orang Aryan telah membawa perubahan iaitu menyebabkan kehidupan masyarakat pada masa itu telah diasing-asingkan . Sistem sosial masyarakat di sini kini dipengaruhi olh sistem kasta. Sistem ini mengklasifikasikan penduduk mengikut pekerjaan mereka.
·         Golongan yang paling tinggi dalam masyarakat dikenali sebagai Brahman yang berurusan dalam soal keagamaan serta spiritual dan mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang politik dan pemerintahan.
·         Golongan kedua pula Khastriya yang bertanggungjawab pula menjalankan tugas-tugas ketenteraan seperti memberikan perlindungan kepada Brahman dan menghadapi musuh apabila diancam.
·         Seterusnya pula golongan Vasya yang biasanya dirujuk kepada golongan yang mempunyai kekayaan khasnya golongan pedagang.
·         Manakala kasta yang paling rendah diantara 4 kelas ialah sudra iaitu biasanya merujuk kepada golongan petani.
·         Kasta- kasta yang diamalkan disini amat rigid,menyebabkan pergaulan antara kelas atasan dan bawahan adalah amat terbatas


Organisasi Sosial di China:

1. Golongan raja
·         Merupakan kelas tertinggi dalam masyarakat China. Raja atau maharaja memiliki kuasa mutlak dalam bidang pentadbiran.
·         Antara tugas raja di China ialah menjadi sumber undang-undang negara, segala arahan dan perintah raja mesti dilaksanakan ,menjadi ketua agama,ketua kerajaan dfan hakim ,mengetuai upacara agama,melantik ketua pelbagai jenis agama dan kepercayan,dan juga melantik pegawai pentadbir untuk melicinkan struktur pentadbiran.
·         Masyarakat China percaya dengan konsep mandat dari syurga. Bermaksud mereka percaya jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup. Mandat akan ditarik balik jika raja itu zalim dan keadaan ini digambarkan melalui bencana alam, keadaan politik yang tidak stabil dan sebagainya.
·         Pun begitu kebanyakan tugas raja dijalankan oleh wakil-wakilnya atas nama baginda, biasanya golongan aristokrat atau bangsawan dalam masayarakat China.



2. Golongan Aristokrat
·         Merupakan pembantu utama raja, dan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam sistem politik dan sosial masayarakat China
·         Dizaman dinasti Shang, golongan ini memonopoli penggunaan gangsa dalam bentuk alat2 ritual dan senjata
·          Sesuai dengan tarafnya,golongan ini membina rumah kediaman berhampiran rumah ibadat yang biasanya dikelilingi oleh tembok sebagai langkah keselamatan
·         Di zaman Dinasti Chao golngan ini amat berpengaruh,mempunyai banyak pengikut serta tanah-tanah yang dikerjakan oleh petani sesuai dengan sistem feudal yang diamalkan pada masa itu.

3. Golongan yang diperintah
·         Dari segi pekerjaan masyarakat China dapat dibahagikan kepada 4 kelas, kelas yang tinggi darjatnya ialah golongan cerdik pandai yang berperanan memberi nasihat kepada raja dan masyarakat berhubung dengan pentadbiran serta tingkah laku.
·         Sesuai dengan penguasaannya dalam ilmu-ilmu tertentu, maka tidak hairanlah golongan ini terlalu dipuja oleh masyarakat
·         Golongan inilah yang bertnggungjawab memperkenalkan pelbagai aliran pemikiran di China seperti confuciunisme,taoisme, legalisme moisme, dan manciusme.
·         Golongan yang kedua terpenting dalam masyarakat china yang menjadikan organisasi di sini agak unik ialah petani, mereka dianggap kumpulan mulia kerana membekalkan makanan yang merupakan asas kepada kehidupan manusia.
·         Kelas seterusnya ialah golongan artis @ tukang-tukang yang mahir yang bertanggungjawab menghasilkan monumen – monumen tertentu.
·          Akhir sekali dalam kelas masyarakat ini ialah golongan pedagang yang diletakkan di tangga terbawah kerana mereka di anggap penipu serta mengaut keuntungan daripada rakyat,tidak seperti kawasan lain tetapi tidak dipandang tinggi oleh masyarakat.
·         Bagi masyarakat China selain pedagang dipandang rendah satu lagi kumpulan yang lebih hina kedudukannya iaitu terdiri daripada pelakon,pelacur serta hamba tidak mempunyai tempat di sisi masyarakat.
·         Ditinjau dari aspek kekeluargaan pula golongan pembesar dan kerabat diraja pula tidak dibenarkan berkahwin lebih dari seorang perempuan.Golongan wanita mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada lelaki, hanya lelaki mempunyai kuasa menceraikan isteri.

Organisasi Sosial di Mesir:

\
Golongan atasan terdiri daripada Firaun dan keluarga diraja
·         Firaun menduduki puncak tertinggi dalam organisasi masyarakat Mesir. Baginda merupakan raja berkuasa mutlak dan dianggap suci oleh masyarakat Mesir
·         Firaun juga dianggap sabagai anak Tuhan Matahari iaitu Amon-re
·         Keluarga firaun juga mempunyai keistimewaan dalam masyarakat Mesir. Mereka mendominasikan jawatan-jawatan penting dalam sistem pemerintahan
·          Golongan pendeta dan bangsawan merupakan golongan menengah atas yang bertindak sebagai golongan pentadbir
·         Antara tugas pendeta ialah mentadbir hal-hal berkaitan keagamaan seperti membaca jampi, memohon tanah menjadi subur dan menyembahyangkan roh orang yang mati
·         Golongan pendeta mempunyai pengaruh yang besar dalam soal perlantikan firaun
·         Golongan bangsawan pula berperanan sebagai wazir, pegawai istana dan pemungut cukai
·         Antara tugas wazir ialah mengendalikan kes-kes di peringkat wilayah, mengawasi kerja-kerja membina dan membaiki terusan, menjalankan banci sumber-sumber Negara, merekodkan kejadian banjir, menyediakan buruh paksa, menyambut duta serta menerima ufti

Kelas Pertengahan
·         Terdiri daripada golongan tentera, pembantu raja, tukang-tukang mahir dan petani
·         Golongan tentera yang berjaya dalam ekspedisi peperangan akan diberi beberapa keistimewaan seperti memiliki tanah, pangkat dan mendapat harta rampasan perang
·         Pembantu raja pula berperanan sebagai tukang-tukang membuat tembikar, pekerja pengangkutan dan tugas utama mereka ialah membina piramid diraja.
·         Golongan petani ramai jumlahnya dan kebanyakannya menanam gandum dan barli
·         Dua pertiga daripada hasil para petani akan diserahkan kepda kerajaan sebagai cukai
·         Kadang-kadang mereka dikerah menjadi buruh paksa untuk membina piramid

Kelas Bawahan
·         Terdiri daripada hamba. Golongan yang tidak memiliki kebebasan dan kebanyakannya terdiri daripada tawanan perang
·         Mereka memberikan perkhidmatan kepada semua golongan yang berada di atas mereka dalam susun lapis masyarakat Mesir.



Organisasi Sosial di Mesopotamia:

Golongan Atasan
·         Terdiri daripada raja atau pendeta dan golongan bangsawa
·          Mengikut kepercayaan masyarakat Mesopotamia, raja adalah wakil tuhan yang akan mentadbir
·         Negara dengan adil dan saksama. Raja berperanan dalam bidang pemerintahan, ketenteraan dan keagamaan
·         Golongan pendeta mendapat tempat dalam masyarakat Mesopotamia kerana sistem pemerintahan masyarakat Mesopotamia bersifat teokrasi iaitu tidak memisahkan unsur keagamaan dengan aspek kehidupan seharian
·         Golongan bangsawan membantu raja menjalankan pentadbiran. Antara jawatan golongan bangsawan ialah ketua pendeta, ketua tentera , gabenor wilayah, pembawa alat kebesaran raja dan sebagainya
·         Golongan bangsawan tinggal di tanah milik raja atau tanah-tanah kurniaan raja kepada mereka

Golongan Menengah
·         Terdiri daripada kalangan profesional. Golongan ini terdiri daripada golongan pedagang, doktor, ahli sifir, guru, jurutulis dan golongan artisan
·         Golongan profesional diberi kebebasan dalam banyak perkara dan tidak diwajibkan berkhidmat dalam bidang ketenteraan kecuali apabila kota mereka menghadapi
ancaman musuh

Golongan Bawahan
·         Rakyat biasa dan hamba menduduki hieraki yang terendah. Kebanyakan rakyat biasa adalah petani.
·         Golongan hamba pula terdiri daripada tawanan perang dan orang tempatan yang dijual sebagai hamba sejak kecil lagi. Bagaimanapun jika mereka patuh kepada tuan mereka, mereka berpeluang untuk dibebaskan