Pages

Subscribe:

Monday 20 February 2012

PRA SEJARAH

Jelaskan perbezaan antara zaman pra sejarah awal dengan zaman pra sejarah akhir.

Pengenalan
·         Tahap perkembangan peradaban manusia dibahagikan kepada dua peringkat iaitu zaman pra sejarah dan zaman sejarah. Zaman pra sejarah awal meliputi zaman Paleolitik dan zaman Mesolitik.
·         Pada zaman Paleolitik terdapat empat spesis manusia yang mendiami dunia iaitu Pithecanthropus Erectus, Sinanthropus Pekinensis, Fonteecherade dan Homo Neanderthalensis.

Isi-Isi Penting
·         Kegiatan ekonomi manusia paleolitik ialah memburu binatang, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Mereka juga tinggal di dalam gua dalam kelompokkelompok kecil. Pada zaman Paleolitik akhir mereka telah mula hidup dalam kelompok masyarakat yang lebih besar dan mempunyai struktur sosial yang lebih teratur.

·         Aktiviti kesenian meliputi bidang lukisan, ukiran dan mural, selain itu mereka juga sudah mempunyai ilmu pengetahuan seperti kemahiran mengira dan menyimpan rekod-rekod.

·         Dalam bidang kerohanian mereka mempunyai kepercayaan terhadap kuasa ghaib. Ini dibuktikan daripada upacara ritual dan pengkebumian.

·         Pada zaman Neolitik yang bermula sekitar tahun 7000SM revolusi pertanian telah berlaku menyebabkan manusia menjalankan kegiatan pertanian, menternak binatang dan tinggal tetap di kampung. Petempatan mereka berhampiran dengan sumber air untuk kegiatan pertanian dan penternakan. Contoh petempatan di Jarmo dan Catal Huyuk. Mereka telah mendirikan rumah daripada tanah liat, batu dan kayu.

·         Berlaku pengkhususan pekerjaan dan melahirkan golongan seperti petani, artisan dan tukang-tukang mahir.

·         Berlaku proses migrasi untuk meneroka kawasan pertanian baru, penciptaan alatalat baru dan teknik pertanian baru seperti tenggala, roda dan pembinaan terusan.

·         Kemajuan dalam bidang pertanian menyebabkan kegiatan perdagangan mula berkembang pesat.

·         Dari sudut sosial sistem kekeluargaan yang wujud ialah poligami dan monogami, mengamalkan upacara ritual dan amalan korban.

·         Ketika ini tidak terdapat bukti-bukti bertulis. Bukti-bukti hanya diperolehi melalui kajian artifak dan fosil yang dilakukan oleh ahli arkeologi.

Kesimpulan
·         Ternyatalah terdapat perbezaan corak kehidupan antara masyarakat pra sejarah awal dan pra sejarah akhir berdasarkan bukti-bukti di atas.

Jelaskan peranan sistem tulisan dalam tamadun awal manusia

Pengenalan
·         Kemunculan dan perkembangan tamadun manusia berlaku secara berperingkat-peringkat. Proses ini bermula pada zaman Neolitik apabila berlakunya revolusi pertanian yang menyebabkan berlakunya petempatan manusia sehinggalah membawa kepada kemunculan sistem tulisan.
·         Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal melalui penemuan sistem tulisan yang terdapat pada batu bersurat, tugu, istana, kuil, surat perjanjian dan sebagainya. Menurut Darcy Riberio sistem tulisan ialah lambang dan manifestasi sesebuah bangsa. Antara sistem tulisan awal iaitu heroglif (Mesir) ideogram (Sumeria) piktograf (China) dan Phoenicia (Yunani). Bentuk tulisan awal berbentuk lambang dan simbol membawa maksud tertentu.


Isi-isi Jawapan :

1. Sistem Tulisan sebagai catatan Pensejarahan :
Ahli arkeologi dapat mengkaji sejarah perkembangan tamadun Mesir melalui penemuan
batu bersurat yang dikenali sebagai ‘Roseta Inskription’ .Tulisan ini terdapat pada
dinding-dinding piramid. Melalui tulisan Rosetanini dapat digambarkan corak kegiatan
ekonomi dan pertanian masyarakat Mesir purba.

2. Tulisan UntukMerekod Upacara Keagamaan :
Penemuan rumah berhala ‘ziggurat’ di Sumeria iaitu bangunan berbentuk piramid tujuh
tingkat. Catatan pada dinding kuil dan ziggurat membuktikan telah wujudnya amalan keagamaan dalam masyarakat tamadun awal. Di Mesir penemuan kompleks kuil di Karnak dan Memphis ada mencatatkan tentang gambar-gambar dan simbol menggambarkan keagungan dan kebesaran firaun Kuffu yang membinanya. Tulisan pada dinding kuil membuktikan berlakunya upacara pemujaan terhadap Tuhan firaun atauAmon-Re di Mesir.

3. Tulisan UntukMerekod Sistem Undang-Undang :
Kod Hammurabi mengandungi 282 pasal meliputi pekara seperti perkahwinan, perdagangan, pertanian, pewarisan harta dan hukuman terhadap kesalahan jenayah yang dilakukan oleh masyarakat di Mesopotamia. Undang-undang Hammmurabi menetapkan hukuman berat kepada sesiapa yang cuba mengubah mana-mana bahagian dalam kod tersebut.Golongan hamba diberikan hak serta dilindungi . Kod Hammurabi juga mencatatkan hak pengguna daripada ditipu oleh peniaga. Hukuman bagi setiap kesalahan jenayah amat berat dan rakyat perlu membayar denda yang berbeza mengikut status sosial. Hukuman lebih ringan jika kesalahan dilakukan oleh golongan atasan atau bangsawan dan sebaliknya.

4. Tulisan untukMerekod Perkembangan IlmuPendidikan :
Catatan pada buku rekod-rekod perubatan di Mesopotamia mengandungi 600 koleksi ubat-ubat dan merekod perkembangan bidang perubatan yang dikawal oleh kerajaan. Doktor diberikan penghormatan tinggi dan dilantik untuk berhidmat di istana. Kod
Hammurabi mengandungi sembilan fasal/kod berkaitan ilmu pembedahan. Dalam ilmu matematik sistem angka diperkenalkan. Terdapat dua sistem angka iaitu perpuluhan dan perenam puluhan. Dua teks ilmu matematik telah dihasilkan iaitu ‘ table text’ dan ‘problem text’ oleh masyarakat di Mesopotamia.

5. Tulisan UntukMerekod Karya Kesusasteraan/ Kesenian :
Epik Gilgamesh merupakan karya puisi yang panjang menyentuh tentang kepahlawan dan kehebatan putera-putera diraja dan corak hidup orang Sumeria. Pada zaman Sumeria epik yang terkenal iaitu Legenda Etana dan Legenda Adapa. Karya yang dihasilkan pada zaman Babylon lama iaitu ‘The Poor Man of Nippur, The Lord of Wisdom dan Pessimistic Dialouge Between Master and Servant’. Pada abad ke- 3 SM tulisan cunieform menceritakan mitos tentang tuhan Enlil dan Ninhursag dihasilkan.

6. Tulisan untukMerekod Urusan Pentadbiran :
Catatan rekod-rekod pentadbiran zaman dinasti-dinasti awal di China. Penemuan kubur besar besar ‘ Teracota’ mencatatkan tentang keagungan pemerintahan Shih Huang Ti. Di India terdapat catatan undang-undang dan tanggungjawab pemerintahan yang di pahat pada tiang tiang batu Asoka untuk dipamerkan di khalayak ramai.

7. Tulisan UntukMerekod Urusan Ekonomi Perdagangan :
Di Mesir rumah-rumah berhala mempunyai buku-buku rekod dan catatan tentang semua urusan jual beli, menyimpan buku-buku kredit ( hutang ) dan merekod barangbarang pesanan.

8. Tulisan Untuk Ketenteraan :
Melalui teks-teks ‘Taittiriya Upanishad ‘ dan kitab-kitab Rig-Veda mencatatkan bahawa raja dianggap sebagai pemimpin tentera yang berperanan melindungi rakyat.

 Kesimpulan :
Apa sahaja yang berkaitan