Pages

Subscribe:

Monday 20 February 2012

EKONOMI

Bandingkan kepentingan antara Pelabuhan Venice di Eropah dengan Pelabuhan Melaka di Alam Melayu.

Pengenalan
·         Pada abad ke 11 M,berlaku pemulihan perdagangan di Eropah.Bandar-bandar di Itali seperti Venice,Genoa, dan Pisa telah menjadi bandar dan pelabuhan perdagangan yang utama di Laut Mediterranean.Venice yang terletak di laluan darat( utara Eropah) dan Laut Mediterranean,telah berkembang menjadi pelabuhan utama di Eropah.
·         Melaka dibuka oleh Parameswara pada tahun 1401.Kedudukan Melaka di Selat Melaka membolehkannya berperanan sebagai pusat perdagangan yang penting d Asia Tenggara.

Isi- isi Jawapan

Kepentingan Pelabuhan Venice dan Melaka

Pusat persinggahan
Ø  Venice
·         Terletak di Laut Mediterranean .Menjadikannya laluan perdagangan yang penting iaitu laluan kepada puak Genoa, dan orang Venetian.Ia menjadi pintu masuk ke Timur kerana melibatkan perdagangan dengan pedagang Timur Tengah.
·         di Utara,terletak Genting Branner iaitu laluan utama di Banjaran Alps yang menghubungi Hulu Danube dan Laut Utara.Kedudukan itu menyebabkannya terlindung dari serangan darat.
Ø  Melaka
·         Pelabuhan Melaka terletak di Selat Melaka yang menjadi laluan perdagangan antara Timur ( China) dengan Barat ( India dan Eropah)
·         pertemuan angin Monsun Timur Laut dan Barat Daya menyebabkan pelabuhan ini menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang.
·         Pulau Sumatera melindunginya daripada tiupan angin kencang dan laut yang dalam.

Pusat pengumpulan bahan mentah

Ø  Venice
·         Menjadi pusat kemasukan dan pengumpulan bahan mentah dari Timur menerusi saudagar Islam Asia Tenggara .Bahan mentah tersebut adalah rempah,sutera,tembikar dan batu permata.
·         Venice menjadi pusat pengumpulan bahan mentah dari Eropah iaitu kain,dari Yorkshire,England, dan lada dari Iskandariah.
Ø  Melaka
·         Terletak di kawasan yang kaya dengan bahan mentah.
·         Melaka berperanan sebagai pusat pengumpulan bahan mentah bagi emas, lada hitam dari Sumatera, emas dan bijih timah dari Tanah Melayu dan rempah dari kepulauan Maluku.

Pelabuhan Entrepot.
Ø  Venice
·         menjadi tumpuan saudagar Islam dari Timur Tengah untuk menjual barang kepada saudagar Venice. Hasil tersebut dijual kepada orang Eropah Utara.Saudagar Venice juga membeli kain daripada Yorkshire dan menjual di utara Afrika.
Ø  Melaka
·         Melaka menjadi tumpuan pedagang Asia Tenggara, China, India, dan Asia Barat untuk bertukar barang dagangan.Saudagar Arab membawa batu permata, dan wangian, saudagar China membawa teh dan sutera, saudagar India membawa kapas, dan saudagar Jawa membawa beras.

Pentadbiran dan prasarana pelabuhan.
Ø  Venice
·         Venice merupakan bandar berdaulat melalui piagam Bandar.Pentadbiran bandar mempunyai kebebasan menentukan sistem matawang, menandatangani perjanjian , pembentukan pasukan tentera, dan menubuhkan kesatuan dagang.
Ø  Melaka
·         Melaka terletak di bawah pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.Penghulu Bendahari bertanggungjawab ke atas pentadbiran Melaka. Beliau dibantu oleh Syahbandar. Kemudahan yang disediakan adalah sistem cukai,gudang,rumah tumpangan dan sistem pertukaran.

Perluasan Wilayah.
Ø  Venice
·         Di bawah Piagam Bandar ,pentadbiran Venice telah berjaya mewujudkan pasukan tentera yang kuat.Tenteranya berjaya menyerang bandar Constantinople dan menguasai perdagangan dengan Iskandariah. Menerusi Perang Chioggia,( 1378- 1381 M) dengan Genoa.Venice telahpun berjaya melemahkan kedudukan pelabuhan tersebut.
Ø  Melaka
·         Melaka berjaya meluaskan wilayah ke atas Tanah Melayu yang kaya dengan hasil hutan dan bijih timah serta Sumatera yang kaya dengan lada hitam.Perluasan tersebut membolehkan Melaka mendapatkan bekalan bahan mentah.

f. Keamanan dan kestabilan politik.
Ø  Venice
·         Venice merupakan bandar yang bebas menerusi penganugerahan Piagam Bandar.Penduduk bandar golongan pedagang mendapat kebebasan tanpa terikat dengan kawalan Lord Manor dan terselamat daripada pertelingkahan feudal. Venice juga telah berjaya membebaskan ancaman lanun di Laut Adriatic.
Ø  Melaka.
·         Perlindungan Negara China ke atas Melaka menyebabkan Melaka terselamat daripada ancaman Siam. Pada tahun 1456,Melaka berjaya mewujudkan hubungan persahabatan dengan Siam.Kestabilan politik menyebabkan Melaka berkembang sebagai pusat perdagangan.Kekuatan angkatan tentera laut Melaka telah berjaya melemahkan aktiviti lanun di Selat Melaka.

Dasar perdagangan
Ø  Venice
·         Venice menguasai barang dagangan dari Timur menerusi perjanjian perdagangan dengan saudagar Islam di Asia Tengah.Saudagar Islam hanya menjual barang dagangan kepada saudagar Venice.Barangan tersebut dijual saudagar venice kepada saudagar Eropah dengan harga yang sangat tinggi.Menerusi konsep perkongsian, saudagar Venice telahpun membentuk kesatuan perdagangan.Melalui kesatuan ini,dapat menyediakan kemudahan perdagangan untuk jarak yang jauh dan perbelanjaan pelayaran.
Ø  Melaka
·         Sistem perdagangan bebas menyebabkan pelabuhan Melaka terbuka kepada semua pedagang untuk bertukar barang.Cukai dikenakan sebanyak 3% kepada pedagang tempatan dan 6% kepada pedagang asing.

Perkembangan ekonomi serantau.
Ø  Venice
·         pencetus kepada kewujudan pelabuhan-pelabuhan di Eropah
Ø  Melaka
·         pusat perdagangan dan pelabuhan yang telah berkembang.

Peranan sebagai pusat penyebaran agama serantau.
Ø  Venice
·         tidak berperanan sebagai pusat penyebaran agama Kristian
Ø  Melaka
·         pusat penyebaran Islam

Kesimpulan
·         Penjelajahan dan penerokaan bangsa Eropah secara giat pada abad ke 16 dan 17 menyebabkan mereka mendapat bahan mentah secara terus dari Timur.
·         Ini akhirnya akan melebihkan kedudukan Venice sebagai pelabuhan yang utama di Eropah.
·         Tetapi kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511 menyebabkan pelabuhan Melaka semakin merosot.