Pages

Subscribe:

Monday 20 February 2012

PEMIKIR KETENTERAAN

1.Bincangkan idea-idea Kautilya dalam karyanya Arthasastra untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.

Pendahuluan
·         Kautilya merupakan seorang Brahmin dan menjadi Ketua Menteri kepada Chandragupta Maurya. Kautilya hidup pada dinasti awal empayar Maurya di utara India. Beliau dikenali juga sebagai Chanakya atau Vishnugupta.
·         Karya Arthasastra ( Science of Gain of power ) pada –ke 3 yang dihasilkan pada abad ke-3 masihi merupakan buku tentang hal ehwal ketatanegaraan, pentadbiran diplomasi, peperangan dan ekonomi.
·         Melalui karya ini, Kautilya telah mengemukakan pelbagai strategi dan kaedah dalam peperangan untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.

Isi- Isi Jawapan

Idea- idea Kautilya dalam karyanya Arthasastra

Menggariskan Peranan Pemerintah Hubungan Diplomatik Beliau menggariskan enam pekara untuk berbaik-baik dengan negara luar.
·         Mementingkan keamanan iaitu ‘ saman ‘iaitu perdamaian dengan musuh yang lemah.
·         Persediaan untuk berperang
·         Membiarkan musuh melancarkan serangan pertama.
·         Bersekutu dengan musuh.
·         Mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan serangan ke atas musuh lain.
·         Melancarkan serangan pertama.
Menggariskan Peranan Pemerintah untuk Mencapai Kemenangan
·         Memujuk musuh dengan rasuah atau ‘dana’dan perbincangan.
·         Mencetuskan persengketaan
·         Menanamkan benih-benih permusuhan
·         Melancarkan ppeperangan terakhir jika semua strategi dirancang gagal.

Mempengaruhi Tindakan Raja Hindu dan Pahlawan Marathas Beliau menjadikan peperangan ada kaitan dengan unsur spiritual dan upacara keagamaan Hindu iaitu mengelakkan ‘kelahiran semula’ jika beroleh kemenangan melalui peperangan seperti yang disarankan oleh agama Hindu.

Peranan/ Dasar Pemerintah Terhadap Musuh Karyanya menyarankan seorang pemerintah atau putera yang ingin berjaya mesti mengetahui kekuatan tenteranya dan kelemahan tentera musuh sebelum melancarkan kempen ketenteraan.Pemerintan dibantu oleh pahlawan-pahlawan dan pasukan tentera terlatih.

Peranan Pemerintah Menjamin Kesejahteraan Rakyat
Pemerintah perlu mengelakkan peperangan untuk memastikan keselamatan rakyat. Pemerintah mesti mengambil kesempatan melakukan kemahiran tipu muslihat serta berkomplot menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai merasuah tukang masak dan seluruh ahli istana daripada menggunakan kegagahan dan kehandalan.

Pemerintahan Menjalankan Dasar Kekejaman dan Bijak
Untuk menghadapi musuh, ‘bheda’ digunakan iaitu cara melaga-lagakan musuh dengan menimbulkan isu-isu sensitif. Raja peunjukan kekejaman untuk menakutkan tentera musuh serta menggunakan kekerasan konsep ‘ danda’ iaitu kayu atau besi yang kuat ke atas orang jahat dan musuh.

Kautilya memperkenalkan teori ‘mandala’. Menurutnya pemerintah mesti bijak mencari kawan dan berbaik-baik dengan musuh negara yang akan diperangi. Apabila peperangan berlaku, sudah tentu musuh tersebut akan membantu kita.

Arthasastra mencadangkan supaya pemerintah mewujudkan badan pengintipan untuk mencari rahsia dan menyampaikan maklumat kepada pemerintah.

Melalui karya ini, Kautilya telah menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan kejahatan. Jadi, orang yang kuat tidak pernah berasa belas kasihan kepada yang lemah. Oleh itu raja yang bersikap jujur dan bersimpati kepada musuh dianggap bodoh kerana raja berkenaan akan mudah dikalahkan oleh musuh-musuhnya.

Kautilya juga menyarankan supaya seseorang raja tidak boleh mempercayai sesiapa termasuk anak dan isteri kerana mereka boleh menjadi ejen kepada pihak musuh yang boleh menjatuhkan kuasa raja. Makanan raja hendaklah diuji terlebih dahulu kerana bimbang makanan itu mengandungi racun.

Kesimpulan
- Apa sahaja yang berkaitan



2.Bincangkan idea-idea Tsun Zu dalam karyanya the art of war untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.

Pengenalan
Sun Tzu merupakan pemikir ketenteraan terulung dalam tamadun China. Dilahirkan pada tahun 533 S.M. di semenanjong Shantung, China Timur pada zaman dinasti Chou. Beliau pernah berkhidmat sebagai panglima tentera kerajaan Wu dan pernah menewaskan negeri Chu dan Ying. Buku yang dihasilkan The Art of War atau Seni Peperangan merupakan buku ketenteraan yang terbaik dan tertua. Buku ini mengandungi 6000 perkataan dan terdiri daripada 13 bab serta mengemukakan 13 taktik dan strategi.

Isi-isi Jawapan

1. Merancang peperangan
Beliau menyarankan para pemerintah melakukan kajian yang teliti sebelum melancarkan peperangan kerana ia melibatkan kehilangan nyawa dan lenyapnya sebuah negara. Lima perkara harus di pertimbangkan dalam sesuatu peperangan iaitu alasan moral, bentuk muka bumi, iklim, kepimpinan dan pengendalian
peperangan. Alasan moral atau dao amat penting bagi menentukan kejayaan dalam peperangan dan menentukan sokongan rakyat terhadap tindakan pemimpin.

2. Melancarkan Peperangan
Seorang panglima tentera harus memastikan kemenangan dicapai dalam masa yang singkat. Peperangan yang berpanjangan tidak memberi faedah kepada negara dan rakyat , sebaliknya hanya membawa kepada kemusnahan , melemahkan semangat serta memakan perbelanjaan yang tinggi.

3. Strategi Menyerang
Seseorang panglima tentera harus mengatur strategi untuk melawan musuh tanpa kekerasan. Panglima perang harus mengetahui kelebihan dan kelemahan diri sendiri dan musuh. Kekalahan berlaku jika ada tiga kesilapan iaitu jahil dalam ilmu peperangan, urusan pentadbiran ketenteraan dan mengarah tentera mara ke
hadapan atau berundur apabila tidak patut berbuat demikian. Pasukan tentera yang sampai lebih awal di medan peperangan lebih bersedia berbanding pasukan yang lewat sampai. Serangan juga dilancarkan jika pasukannya lebih kuat atau sama kuat dengan musuh. Peperangan harus dielakkan jika pasukan musuh lebih kuat.

4. Penempatan tentera
Menurut Sun Tzu, pemilihan lokasi yang baik akan menentukan kejayaan dalam peperangan. Lokasi penempatan tentera harus dirahsiakan supaya musuh tidak dapat mengesan pergerakan dan persediaan pasukan tentera. Panglima tentera harus mempunyai pengetahuan tentang bentuk muka bumi. Antaranya ialah tempat yang sempit , tempat yang tinggi , tempat yang sukar dan mudah dilalui . Khemah tentera harus didirikan di tempat yang tinggi dan larangan melakukan serangan dengan mendaki gunung.

5. Serangan menggunakan api
Beliau memberi amaran yang keras supaya mengelakkan peperangan yang menggunakan api. Strategi ini hanya digunakan dalam keadaan terdesak. Terdapat beberapa cara serangan ini boleh dilakukan iaitu membakar peralatan musuh , membakar gudang menyimpan senjata , membakar saluran makanan dan askar musuh.

6. Strategi menggunakan Pengintipan
Pengintipan dilakukan oleh pemimpin untuk mengumpul maklumat tentang musuh. Maklumat yang diperolehi daripada pengintipan membantu pemerintah mengatur strategi untuk mencapai kejayaan dalam medan peperangan. Terdapat lima jenis pengintipan iaitu pengintipan tempatan , pengintipan dalaman ,pengintipan dua pihak , pengintip maut dan pengintip utusan.

7. Strategi Menggunakan Perisikan
Musuh dilemahkan dengan menggunakan ejen-ejen perisik pihak lawan harus dilemahkan dari dalam bagi menenbusi pertahanan musuh di samping menjalankan kegiatan subversif untuk melemahkan kekuatan musuh dan memisahkan musuh daripada sekutunya. Kegiatan subversif yang lain seperti menyebarkan khabar angin dan maklumat yang mengelirukan , merasuah pegawai dan mewujudkan keadaan tidak puas hati atau huru hara. Taktik tipu muslihat juga satu taktik yang boleh digunakan untuk menghadapi musuh yang kuat.

Kesimpulan
Apa-apa yang sesuai..



3.Bincangkan idea-idea Nicollo Machiavelli dalam karyanya the prince untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.

Pengenalan
a. tokoh pemikir tentera moden pada abad ke 16 M
b. berasal dr Itali
c. menghasilkan byk buku-buku berkaitan dengan politik dan ketenteraan
d. buku terkenal – The Prince(Penguasa) dan Art of War ( Seni Peperangan)


Idea ketenteraan Machiavaeli

1.Cara Mengekalkan Kuasa :
·         Machiavelli menyatakan cara seseorang pemerintah mengekalkan kuasa. Seseorang pemerintah harus bersifat liberal, berperikemanusiaan dan mencintai kebenaran. Bagi mengekalkan kedudukan, pemerintah harus melakukan apa sahaja termasuk perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan.
·         Menurut Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Raja harus bertindak tanpa ragu-ragu terhadap pengikut yang tidak jujur dan musuh.

2. Memperkenalkan falsafah politik nasionalisme yang menimbulkan kebencian, peperangan, imperialisme, sifat tamak, kejam tidak berperi kemanusiaan dan sbgnya. Kesannya lahir pemimpin raja2 bangsa yang tamak, zalim, gila kuasa, berlaku perang saudara dan sebagainya

3. Melalui buku Art of War – menekankan asas setiap Negara adalah undang-undang dan senjata yang baik. Seorang putera raja tidak harus ada sebarang objektif atau pemikiran melalui cara berperang, cara diorganisasikan dan disiplin. Banyak dipraktis di Peranchis dan di sepanyol pd abad ke 16M.

4. Prinsip-prinsip utama dalam ketenteraan adalah spt berikut:
     i.        menghasilkan sebuah pasukan tentera yang berasaskan berjalan kaki
   ii.        mengutuk tentera yang bekerja semata-mata untuk wang
  iii.        pasukan tambahan tidak sesuai untuk mentadbir
  iv.        menolak pembinaan kubu kerana ia membawa kemusnahan
   v.        malakukan perang yg agresif melalui kuasa berperang dengan senjata meriam dan askar berkuda

5. Menjelang abad ke 16 semua usaha untuk mendapat perlindungan mutlak di medan peperangan di hapuskan spt zmn tentera berkuda dan baju besi. Baju direka utk melindungi bahagian tubuh badan yang penting sahaja. Penekanan kpd senjata2 yang superior.

6.Sokongan Rakyat :
·         Pemerintah baru harus mendapat sokongan daripada golongan penentang pada peringkat permulaan. Sokongan tidak berbelah bahagi akan diperolehi daripada mereka yang berpuas hati dengan pemerintah baru.

7.Bantuan Luar :
·         Kejayaan dalam peperangan bergantung kepada kekayaan dan bantuan ketenteraan serta kewangan dari luar.

Kesimpulan
Apa-apa yang sesuai..