Pages

Subscribe:

Monday 20 February 2012

TAKTIK DAN STRATEGI PEPERANGAN

Bincangkan faktor-faktor tercetusnya peperangan dalam tamadun awal manusia.

Pengenalan
·         Tamadun awal manusia dikatakan telah berkembang daripada penematan awal zaman neolitik iaitu sejak tahun 3500 S.M. Sekitar tahun 3000 S.M. telah muncul kerajaan-kerajaan berwibawa di sepanjang Sungai Nil, Tigris, Indus, Sungai Kuning dan di timur laut Mediteranean di pantai Yunani, Anatolia dan Levant.
·         Peperangan bermaksud perkelahian atau pertempuran antara negeri dengan negeri dengan menggunakan sejata.
·         Peperangan yang berlaku melibatkan empat perkara asas iaitu strategi, taktik, teknologi dan logistik. Antara alat yang digunakan dalam peperangan ialah seperti pedang, kapak, lembing,panah dan sebagainya.
·         Peperangan mula tercetus dalam tamadun awal apabila berlaku perkembangan dan kemajuan dalam taraf hidup menyebabkan wujudnya konflik antara tamadun disebabkan beberapa faktor seperti menjaga kedaulatan negara, berebut kawasan pertanian, semangat assabiah dan sebagainya.

Isi-isi Jawapan

Mempertahankan kedaulatan negara
·         Peperangan dalam tamadun Mesopotamia adalah untuk menyelamatkan negara dari serangan orang gasar di sempadan.
·         Pemerintah membina tembok pertahanan di sekeliling kota untuk mencegah pencerobohan luar.
·         Adakala negara kota bersatu memerangi puak nomad yang sering menceroboh delta yang subur
·         Hammurabi telah mendirikan kubu pada setiap kota yang dikawal oleh tentera.
·         Shih Huang Ti telah membina Tembok Besar China bagi mengelakkan serangan orang gasar.
·         Masyarakat India melatih golongan pahlawan sejak dari kecil bagi menguatkan petahanan mereka untuk menghadapi kemungkinan serangan musuh. Kota-kota seperti Mohenjo-Daro dan Harppa dilengkapi dengan kubu pertahanan yang kukuh.

Mempertahankan kawasan pertanian
·         Orang Mesir berperang untuk mempertahankan delta di Sungai Nil daripada serangan orang Gasar dari Libya dan Palestin.
·         Peperangan juga berlaku di Mesopotamia keranan berebutkan bekalan air dari sungai yang menjadi punca kemajuan bidang pertanian.
·         Di Arab, peperangan juga boleh berlaku kerana berebut kawasan oasis yang subur.

Mendapatkan keuntungan
·         Raja-raja China berperang antara satu sama lain kerana beranggapan peperangan akan menguntungkan mereka dan kerajaannya. Kemenangan dalan peperangan akan menjadikan seseorang pemerintah itu berkuasa, menambahkan wilayah, dan kaya- raya.
·         Mereka juga dapat menambahkan bilangan tentera dan tawanan perang

Menguatkuasakan pemerintahan maharaja
·         Kerajaan Chou memiliki bala tentera yang ramai sehingga menjangkau ratusan ribu orang pada abad ke-3 M. Apabila sudah menyertai tentera mereka akan taat kepada maharaja dan sukar untuk kembali kepada kehidupan biasa.
·         Dinasti Tang telah berjaya meluaskan wilayah ke sempadan sebelah utara disebabkan kebijaksanaan jeneral dan peranan komando yang memberi laporan di wilayah masing-masing.
·         Shih Huang Ti telah mengarahkan tenteranya supaya merampas alat-alat senjata di setiap rumah agar tidak berlaku penentangan terhadap pemerintahan baginda. Selain itu, baginda juga telah membakar buku Confucius kerana bimbang rakyat akan bangkit menentang pemerintahan berpusat yang dijalankannya.

Semangat assabiah
·         Peperangan dalam masyarakat Arab disebabkan oleh semangat kesukuan yang tinggi atau assabiah. Perkara remeh-temeh juga boleh menyebabkan peperangan seperti Perang Basus yang berterusan selama 40 tahun hanya kerana seekor unta.
·         Oleh tu peperangan dalam tradisi Arab dianggap perkara biasa dan dipandang mulia. Kejayaan sesuatu kabilah akan menjadi kebangga dan dapat menaikkan imej mereka. Sebaliknya, kabilah yang kalah akan dihina dan imejnya akan terjejas dan tidak dihormati.

Meluaskan empayar dan wilayah
·         Raja Philip II dan anaknya Iskandar Zulkarnain telah berprang untuk meluaskan empayar Yunani sehingga merentasi Asia Kecil, Mesir, Lembah Sungai Indus dan seluruh Parsi.
·         Di Zaman keagungan Rom peperangan berlaku untuk meluaskan empayar sehingga empayar Rom merangkumi tiga benua iaitu Asia, Eropah, dan Afrika. Pemerintah yang bertanggungjawab meluaskan empayar Rom ialah Julius Caesar yang terkenal dengan kata-kata, ‘Veni, Vedi, Vinci’ yang bermaksud, “ Saya datang, saya lihat, dan saya takluk.”
·         Di alam Melayu, peperangan juga berlaku untuk meluaskan wilayah. Contohnya kerajaan Melaka mempunyai wilayah yang luas sehingga meliputi seluruh semenanjung Tanah Melayu, serta sebahagian kerajaan di Sumatera seperti Aru, Siak, Rokan,Inderagiri, dan Jambi.

Mengukuhkan sistem feudal
·         Pada zaman gelap, raja-raja cuba mengukuhkan sistem feudal dengan menguasai wilayah-wilayah yang terletak dibawah kekuasaan bangsawan.

Kesimpulan
·         Peperangan yang berlaku dalam tamadun awal manusia dsebabkan berlakunya kemajuan dan peningkatan dalam taraf hidup menyebabkan wujudnya konflik demi menjaga hak dan kedaulatan kerajaan mereka. Namun begitu terdapat juga peperangan yang disebabkan untuk menjaga maruah serta untuk mendapat keuntungan kepada seseorang pemerintah.